Jumaat, Jun 08, 2012

..:: Flame Virus ::..


Akhir-akhir ini, kita digemparkan dengan kedatangan "Flame Virus", khabarnya sudah merebak ke Malaysia dan sasarannya OS Windows. Salah satu kaedahnya menerusi Windows Update. Ini sedikit petikan dari AFP.

BOSTON-Sebuah agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang membantu negara anggota melindungi infrastruktur nasional, memberi amaran mengenai bahaya virus Flame yang baru-baru menyerang komputer di Iran dan tempat lain di Asia Barat.

“Amaran ancaman siber ini adalah yang paling serius,” kata Marco Obiso, koordinator keselamatan siber Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) PBB di Geneva.
Amaran sulit itu akan memaklumkan negara anggota bahawa virus Flame adalah alat perisikan berbahaya yang berpotensi digunakan untuk menyerang infrastruktur kritikal, katanya ketika ditemuramah kelmarin.

“Mereka perlu berada dalam keadaan berjaga-jaga,” katanya, menambah bahawa beliau percaya Flame kemungkinan dibangunkan untuk negara tertentu.

Amaran itu adalah isyarat terbaru satu era baru peperangan siber sudah bermula selepas serangan virus Stuxnet 2010 yang menyasarkan program nuklear Iran.

Amerika Syarikat secara terang-terang berkata buat kali pertama tahun lalu bahawa ia berhak bertindak menggunakan kekerasan jika menghadapi serangan siber.

Bukti menunjukkan virus Flame mungkin dibina satu atau negara yang melancarkan cecacing Stuxnet untuk menyerang program nuklear Iran pada 2010, menurut Kaspersky Lab, pembuat perisian keselamatan siber Russia yang menemui Flame.

“Saya fikir ia adalah ancaman lebih serius berbanding Stuxnet,” kata Obiso. Katanya, ITU akan membangunkan satu program untuk mengumpul data, termasuk sampel virus, bagi mengesan penyebaran Flame di seluruh dunia dan memantau sebarang perubahan dalam komposisinya.

Kaspersky Lab menemui Flame selepas ITU memintanya menyiasat laporan terbaru Tehran bahawa satu virus misteri bertanggungjawab atas kehilangan data besar-besaran dalam sesetengah sistem komputer Iran.

– AFP

Rabu, Jun 06, 2012

..:: Berbaik Sangka ::..



Dewasa ini, kita dihidangkan dengan pelbagai cerita, berita, informasi dari segenap sudut. Persoalannya adalah sejauh mana integriti maklumat yang kita terima.

Kisah ini merupakan cerita pendek yang boleh dijadikan tauladan kita bersama dipersembahkan dengan gaya penulisan yang berbeza, mengikut buah fikiran saya yang serba kekurangan ini.....

Cerita ini mengisahkan kehidupan di sebuah kawasan kejiranan antaranya ialah keluarga Pakcik Rahim yang tampak hidup sederhana, punya seorang isteri dan 3 orang anak yang masih bersekolah. Pakcik Rahim berjiran dengan Pakcik Daud seorang kakitangan kerajaan dan punya seorang anak lelaki yang masih bersekolah juga bernama Nazri. Nazri merupakan rakan sekelas anak sulung Pakcik Rahim.

Kisah bermula apabila Pakcik Rahim membeli sebuah tv LCD baru dengan jenama berkualiti. Nazri terlihat akan hal ini bila mana lori sebuah kedai peralatan elektrik di pekan menghantar tv LCD tersebut ke rumah Pakcik Rahim. Seingat Nazri, di rumah Pakcik Rahim ada sebuah tv Toshiba kanta cembung keluaran tahun 1990 yang masih boleh digunakan.

Pada keesokan harinya, ketika berkumpul di padang sebelum bermain bola sepak, Nazri menghebohkan pada rakan-rakan sekampung bahawa Pakcik Rahim seorang yang suka membazir, makan pakai anak pun belum tentu cukup tapi sibuk nak beli tv LCD baru. Dan pelbagai macam lagi bertujuan memburukkan dan menjatuhkan kredibiliti dan akauntabiliti Pakcik Rahim. Nazri sebenarnya semacam ade penyakit hati, kerana tv LCD dirumahnya bukanlah daripada jenama terkenal tambahan pula pada bulan lepas, Nazri membeli sepasang kasut sukan buatan luar negeri jenama Adidas menggunakan wang pemberian ayahnya. Walhal, kasut jenama Bata pun sudah memadai kerana tujuan asalnya hanyalah untuk beriadah sahaja. Apabila ayahnya mendapat tahu tentang perkara ini, maka ayahnya bertegas mahu kasut mahal buatan luar negara itu di jual semula dan ditukar kasut jenama Bata yang jauh lebih murah, berkualiti dan mampu memenuhi tujuan pembelian.

Akibat dari rasa tidak puas hati didalam hati yang membara ibarat api dalam sekam, maka Nazri cuba mengalih tumpuan dan cuba menjadikan situasi Pakcik Rahim umpama situasi dirinya dahulu ketika membeli kasut jenama Adidas. Maka, kumpulan anak-anak muda kejiranan di situ mula memandang serong terhadap Pakcik Rahim.

Walhal, tujuan Pakcik rahim membeli tv baru itu punya lebih dari satu tujuan. Tujuan yang pertama, tv yang lama itu, boleh digunakan untuk anak-anak beliau menonton Astro Tutor TV yang dilanggan beliau untuk memberi pendidikan alternatif pada anak-anaknya. Satu kaedah pembelajaran baru yang lebih santai dan membuang tanggapan bahawa tv tidak elok untuk pelajar sekolah. Ini kerana seandainya teknologi itu digunakan ke arah kebaikan, maka baiklah jadinya, dan jika digunakan ke arah yang tidak baik maka jadilah sebaliknya. Disamping itu, dengan adanya tv LCD yang baru, beliau dapat memberi tumpuan pada isteri ketika bersama-sama menonton rancangan kegemaran mereka suami-isteri tatkala anak-anak menonton siaran Astro Tutor  TV menggunakan tv yang lama. 

Tujuan yang kedua, sahabat karibnya, Roslan baru sahaja membuka kedai peralatan elektrik di pekan. Maka untuk meyokong perniagaan rakan baiknya itu, Pakcik Rahim berminat untuk membeli tv LCD tersebut kerana disamping dapat menggunakan teknologi terkini, beliau dapat membantu rakan baiknya secara tidak langsung. Selain itu, Pakcik Rahim membeli tv LCD lebih sebagai hadiah kepada dirinya sendiri yang gigih bekerja mencari rezeki untuk anak-anaknya dan juga hadiah kepada isterinya yang menjaga kebajikan Pakcik Rahim sekeluarga selama ini.

Dalam pada itu, tanpa pengetahuan jiran-jiran termasuk Nazri, Pakcik Rahim punya harta pusaka tinggalan ayahanda dan nendanya yang terletak di selatan tanah air serta menjadi sumber pendapatan sampingan bagi beliau setiap bulan (kebun sawit 25 ekar). Bagi mengelakkan rasa iri hati orang-ramai termasuk jiran tetangga, beliau memilih untuk hidup sederhana, tapi tidak lupa berzakat dan membantu mereka yang lebih memerlukan. Itu pun dengan membantu dalam berahsia dengan tujuan tidak mahu membenihkan rasa riak dalam diri dan apa yang dilakukannya hanyalah kerana Allah dan tidak sekelumit pun kerana orang lain selain dari penciptanya.

Kerana itu, Islam mengajar kita untuk berbaik sangka sesama saudara kita. Kita perlu menyelidiki "sumber" berita yang kita terima.

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan."
(Al-Hujuraat49:6)

Setelah itu, akibat dari tekanan sekeliling yang wujud akibat perbuatan Nazri itu, Pakcik Rahim terpaksa bertegas dengan haknya dan menerangkan sebab musababnya beliau membeli tv LCD tersebut dan sememangnya dari segi ekonomi, beliau mampu untuk membeli tv LCD tersebut. Cuma kerana sifat iri hati dalam diri Nazri, anak-anak muda kejiranan tersebut sudah memandang serong terhadap tindakan Pakcik Rahim. Nazri sedar yang kejahilannya membawa padah hatta membuahkan bibit fitnah... lantas beliau memohon keampunan dari Pakcik Rahim atas kekhilafannya dan mengatakan tindakan beliau hanya untuk menegur. Walhal memburukkan nama seseorang dihadapan orang lain bukanlah tergolong dalam kaedah menegur dan tidak wajar dilakukan oleh seorang Muslim.

Tiada salahnya untuk berfikiran positif (menerima teguran orang dan bukannya menerima fitnah orang ke atas diri kita), namun seandainya orang memijak kepala saudara kita pun kita masih berlagak positif, itu tandanya kita tak punya jati diri lagi dalam hidup kita ini. Dan itu yang wajar dilakukan oleh Pakcik Rahim untuk memperbetulkan tanggapan orang-ramai terhadap dirinya disamping memberi ruang kepada Nazri untuk memperbetulkan kesilapannya. 

Duduk diam tanpa menjernihkan keadaan akan membiarkan saudara-saudara kita terus menerus hanyut dengan dosa fitnah. Maka, anda perlu bangun dan bertindak, bukan hanya duduk dan bantah sahaja.

* Semoga kita terus dilindungi Allah dan mendapat keredhaan serta rahmat Allah sepanjang hidup kita dan dihindarkan dari fitnah Dajjal yang dilaknat...

Jumaat, Jun 01, 2012

..:: Akta Keterangan Pindaan 2012 ::..



Akta yang perlu kita semua tahu kerana ia sangat berkait dengan kita semua, tangungjawab kita :)

Dengan media baru yang semakin popular, termasuk blog, Facebook dan Twitter, serta dalam usaha untuk menjadikan rakyat lebih bertanggungjawab terhadap aktiviti mereka di atas-talian, kini ia telah pun ditetapkan yang mana Akta Keterangan (Pindaan) 2012 bakal dikuat-kuasakan bermula esok, iaitu 1 Jun 2012.

Bagi yang tidak ketahui, melalui pindaan pada Akta Keterangan, ia menetapkan yang mana para pengguna Internet akan bertanggungjawab terhadap sebarang kandungan yang dihantar ke internet melalui rangkaian ataupun peranti mereka. Secara ringkasnya, sekiranya seseorang pengguna menghantar komen pada blog anda, halaman Facebook Page anda, tweetjack akaun Twitter anda, mahupun dengan “menumpang” talian WiFi anda, maka anda akan dipertanggungjawabkan terhadap sebarang perkara yang dikongsikan melaluinya.

Selain daripada itu, ia juga mengatakan yang mana sekiranya seseorang memulakan halaman Facebook, Twitter, blog mahupun sebarang perkara menggunakan nama dan gambar anda dan menerbitkan kandungan yang bertentangan dengan undang-undang serta memfitnah seseorang melaluinya, maka anda akan didapati bersalah, dan perlu membuktikan sebaliknya.

Anda mungkin akan menghadapi masalah sekiranya:

Anda mempunyai blog, dan seseorang pembaca menerbitkan komen, maka anda akan dianggap sebagai menerbitkan komen tersebut.
Anda mempunyai halaman Facebook Pages, dan seseorang pengguna menghantar komen atau menerbitkan sesuatu pada Wall, maka anda akan dianggap sebagai menerbitkannya.
Seseorang menggunakan tablet atau telefon pintar anda untuk menghantar sesuatu yang tidak baik, maka anda akan dianggap sebagai yang menerbitkannya.
Seseorang menggunakan komputer anda atau laptop anda untuk menerbitkan sesuatu pada internet, maka anda akan bertanggungjawab atasnya.
Seseorang menceroboh ke talian WiFi anda dan menghantar pelbagai perkara yang bertentangan dengan undang-undang di internet, maka anda akan bertanggungjawab ke atasnya.
…dan pelbagai perkara yang berkaitan.
Dalam arena digital dan elektronik ini, semestinya ia boleh dikatakan perkara ini salah satu perkara yang sukar untuk direalisasikan. Apatah lagi memandangkan pada halaman Facebook dan Twitter sesiapa sahaja boleh menggunakan nama dan gambar orang lain, dan berlakon seperti mereka.

Sebagai contoh, pada hari ini, akaun Facebook Pages untuk seseorang artis mahupun ahli politik sahaja, terdapat lebih daripada satu akaun untuk mereka, yang mana dimulakan oleh peminat dan juga penyokong. Sekadar perbandingan, akaun Facebook milik Najib Razak apabila dilakukan carian, secara kasar, terdapat lebih daripada 10 akaun, sekaligus menjadikan beliau bertanggungjawab terhadap kesemua akaun tersebut sekiranya sesuatu yang tidak sepatutnya diterbitkan, sehinggalah beliau membuktikan sebaliknya.

Jadi, secara ringkasnya, jagalah peranti dan rangkaian internet anda, disamping bertanggungjawab ke atas pelbagai perkara yang dikongsikan di arena internet, supaya ia tidak menyukarkan anda di kemudian hari.

Barang kita, tanggungjawab kita :)

Khamis, Mei 31, 2012

..:: Lumrah Manusia ::..



Lucu rasanya bila menatap dinding Facebook seseorang ni yang saban hari kerjanya mengutuk dan mengeji segala macam perkara tentang pemerintahnya. Tambah lucu bila bercakap tentang ketuhanan dan keagamaan dan dalam masa yang sama memaki hamun sesama manusia dengan perkataan SIAL bila orang tu tak setuju dengan pendapat ko dan ade pandangan berbeza. Sepertinya korang boleh berdebat la kalau tak sependapat, bukan dengan memaki hamun. Aku perhati je dari tepi. 

Apa yang ko cuba nak buktikan sebenarnya?? Ko galakkan orang berdemo... cuba mengubah paradigma pengikut-pengikut ko supaya jangan racist, tapi ko tak sedar ke siapa bapak segala racist?? atau kau buat-buat tak sedar?? Ko kutuk uni aku, padahal kami graduan uni kami bukan sampah, we are somebody today yang contribute pada pembangunan negara. Apa yang ko sumbang pada negara??.. aku tak tahu lah. Pasal aku ialah jenis orang yang merasakan betapa kerdilnya sumbangan pada komuniti dan bukannya jenis orang yang asyik bertanyakan sumbangan komuniti pada kita.

Untuk kamu kepala segala demo ni, jangan pura-pura terkejut masa akan datang nanti bila anak-cucu ko pandai berdemo dirumah..mintak kebebasan dari mak bapak. Lepas tu bila mak bapak tanya balik, "siapa yang bagi korang makan minum selama ni?", mesti diorang jawab "Itu memang tanggungjawab mak dgn abah!" Dasar tak reti nak berterima kasih dan bersyukur.

Memang kita sedar dan tahu politik pemerintah tidak 100% bersih. Tapi dah lumrah dunia ni... Bukan senang nak tumpaskan yang atas tu... Memang sesuatu perubahan tu perlukan pengorbanan... Aku paham maksud ko, tapi perlu diingat, apa perasaan kita bila yg terkorban tu nanti adalah orang-orang yang kita sayang? Aku paling tak sokong cara-cara keganasan ni. Ko ingat senang ke hidup zaman darurat. Kita celik-celik mata memang dah merdeka. Kemudian ko mainkan pula isu komunis. Agaknya kalau nenek ko dulu kene rogol dengan komunis, mungkin ko takkan kata apa yang ko kata pada hari ni. Ya, datuk aku mati di zaman komunis kerana pada zaman itu komunis bunuh ketua-ketua kampung. Kenapa ketua kampung? Sebab.. bila tak ada ketua, maka anak buah ni akan kucar-kacir. Sama juga macam main catur, bila king check-mate, game over lah brader. Sebab tu sekarang ni dimainkan pula isu  Raja Melayu. Seperti yang aku kata tadi, tujuannya sama.

Tambahan pulak dgn sikap kebanyakan orang-orang macam ko yang hanya berani bila ramai, bila sorang-sorang, semua habis kecut... Maka, majoriti orang-orang yg join demo bagai tu hanya disebabkan diorang dijanjikan kepentingan atau sekadar mengikut tanpa diri sendiri ada pegangan yg kukuh... Aku cakap berdasarkan pengalaman aku sendiri... kita perlu jelas dengan matlamat perjuangan kita dan bukannya ikut-ikutan...kalau kau ikut-ikutan, ibarat orang zaman jahiliah..... 

Jadi, kalau ada sesiapa tak setuju dgn aku, anggap saja aku belum bernasib baik nak dipertemukan dengan insan-insan yang boleh ubah persepsi aku terhadap pemberontak @ pendemo ni...

Sebab pada hemat aku, sangat penting untuk buat sesuatu dengan akal, daripada buat berdasarkan hati dan perasaan... 

Ni aku nak tanya pada orang-orang yg suka berdemo bagai nih... 
Korang tak rasa ke perbuatan korang ni bodoh? Kalau ada yg tercedera masa korang buat huru-hara tu, korang rasa korang dapat pahala ke? 

Dan pada ketua-ketua atasan yg anjurkan demo bagai ni, kenapa mesti nak timbulkan suasana kecoh... kalau kau betul rasa seseorang pemimpin tu korup, buat apa bazir duit atau hasut penyokong utk buat kecoh, buat ceramah yg menyemai perasaan dendam dan boleh memecah-belahkan umat Islam? 

Kalau ikut islam, dapat pahala kalau kita bunuh pemimpin yg murtad, kan? (betulkan kalau aku silap)... Kalau ko rasa ko Islam sangat dan berjuang demi agama tercinta, kenapa tak pergi bunuh je pemimpin yang murtad sangat tu... Sekurang-kurangnya mati ko nanti dah gerenti mati syahid (itu pun kalau betul la pemimpin yg ko bunuh tu betul-betul murtad)... 

Tapi kenapa ko tak nak buat macam tu? 
SEBAB KALAU KO MATI, KO TAK MERASA LA NAK PEGANG JAWATAN YANG MEMBOLEHKAN KO MENGUMPUL KEMEWAHAN DUNIAWI, BETUL TAK? COZ.. HE ALSO LOOKING FOR SOMETHING AND END UP LIKE ANYTHING.....

*Sometimes..its not like what it seems...

Hmmm.. nak korbankan perangai memaki hamun dan menyumpah seranah orang pun susah..Dah berbagai orang nasihat.. ikut akhlak Rasulullah! Jangan hina makhluk Allah yang lain! Allah sahaja yang layak melaknat, sebab dia yang menjadikan!...tapi, ada orang dan puak-puak macam ko nak berhenti? takde kan?



Kepada orang-orang yang sering dimaki-hamun oleh puak-puak ni, mari kita muhasabah diri... jangan maki hamun orang.. berdosa.
Mungkin bagi diorang takpe...sebab, hanya mereka yang layak masuk syurga... nak buat macam mana.. kita tunggu saja lah di 'sana'...

* Kalau kau masih ketua angkatan pemuda keadilan daerah dengan perangai begini, dengan mulut longkang sama macam zaman sekolah dulu, kau takkan dapat undi golongan pemerhati seperti aku. Orang macam kau tak layak memimpin tangan-tangan kami....faham??

Semoga kita terus dilindungi Allah dan mendapat keredhaan serta rahmat Allah sepanjang hidup kita dan dihindarkan dari fitnah Dajjal yang dilaknat...

Rabu, Mei 30, 2012

..:: SYUKUR ::..

As-Salam... Ya kite wajib bersyukur atas kurniaan Allah pada kita. Atas apa jua yg kita peroleh, udara yang kita sedut, makanan yang kita makan, pemandangan yang kita lihat, nikmat akal, nikmat kesihatan, nikmat roh yang menunjangi diri kita dan yang paling penting ialah rahmat Allah yang tidak terhingga. Perlu diingat, Allah tidak memberi apa yang kita mahu, tetapi Allah memberi apa yang kita perlukan. 



Dewasa ini, kita banyak disajikan dengan drama-drama politik tanah air, saya tidak mahu menyentuh tentang politik, yang penting kita jangan taksub, baca dari kedua pihak, timbang dengan adil dan percayalah bahawa tiada yang maksum selain junjungan kita Rasulullah S.A.W. Adalah tersangat indah kiranya Islam itu makmur dan semakin subur di bumi tercinta ini. Bersyukur dengan apa yang Allah beri pada kita, sentiasa berusaha untuk jadi lebih baik setiap hari dan kekalkan keamanan yang ada. Saya sangat berharap negara kita menjadi sebuah negara yang lebih aman, yang menyuburkan Islam dan ummat Islam yang bersatu di bawah agama bukannya bersatu di bawah parti politik dan meminggirkan agama.

Syukur Alhamdulillah saya sudah punya sepasang cahayamata, sesungguhnya salah satu daripada nikmat Allah yang tidak terhingga. Saban hari pulang dari kerja melayan keletah anak-anak yang sedang membesar dan chumell tentunya mendatangkan satu perasaan puas yang tak bisa digambarkan. Tidak terlepas juga kadang-kadang bila anak buat hal, memanglah agak stress kadang-kadang, tapi lumrah kanak-kanak memanglah begitu. Semoga Allah memberi kesabaran yang tinggi pada saya dan isteri dalam cabaran membesarkan dan mendidik anak. Percaya atau tidak, suka atau tidak, anak adalah cerminan ibu bapanya. Takut pabila memikirkannya, kerana andai kata kita sebagai ibubapa memberi contoh yang tidak elok maka ia akan jadi ikutan anak-anak. Anak-anak adalah ibarat sehelai kain putih, ibubapa yang akan mencoraknya samada menjadi nasrani, majusi atau kembali pada fitrah seorang muslim. Ayah tak putus mendoakan semoga kita sekeluarga sentiasa dipermudahkan dalam setiap urusan dan menjadi seorang yang muslim yang patuh dan tidak mensyirikkan Allah. Pada pemerhatian saya, anak-anak lazimnya akan meniru setiap perilaku ibubapanya. Sebagai contoh, apabila kita solat, memang sebijik ditiru oleh anak-anak ini, cuma iyelah mungkin duduk antara dua sujud tu tak berapa betul dan silang tangan ketika berdiri tu tak sempurna, maklumlah kanak-kanak. Selain itu, part makan sayur, memanglah kami suami isteri penggemar sayur-sayuran, makanya anak-anak kami pun turut gemar makan sayur sampai boleh makan peria tu mentah-mentah(kami buat peria tu ulam). Nah, terbukti bahawa anak-anak itu adalah cerminan ibubapanya. Maka dengan itu janganlah sesekali kita tunjuk tabiat buruk dihadapan anak-anak (peringatan untuk diri saya dan rakan-rakan). Selain dari itu, kite juga dapat memperbaiki akhlak kita atas desakan ini (memberi tauladan yang baik pada anak-anak). 

Syukur Alahamdulillah, setelah hampir setahun saya mencari rumah dan pekerjaan baru, saya berjaya mencapai objecktif untuk bekerja di syarikat multi-nasional dan memiliki rumah sendiri untuk membesarkan dan mendidik anak-anak. Apa yang diharapkan adalah perkembangan karier saya sebagai "Oracle DBA" akan bertambah baik dengan pendedahan di syarikat baru, bekerja denagn orang di negara luar, bekerja dengan etika yang lebih profesional dan kaedah kerja yang lebih sistematik, bukannya stay-back dipejabat setiap hari dan mengabaikan tanggungjawab dirumah. Perlu diingat, kita masih ada kehidupan di luar sana selain daripada kerjaya kita di pejabat. Selain itu, diharapkan dengan kerjaya baru ini, saya dapat memberi tumpuan yang seimbang antara kerjaya dan keluarga. Terima kasih pada isteri kerana menjaga dan membesarkan anak-anak di rumah ketika saya di pejabat. Pengorbanan dan jasa yang sangat besar dari seorang isteri dan ibu dalam melahirkan umat manusia dan Islam dalam pembangunan sesebuah negara. Nampak kecil tapi sumbangan ibu ini amat besar nilainya di masa kini dan akan datang. Sesungguhnya pekerjaan semacam ini yang saya inginkan, namun Allah tidak terus memberinya, didatangkannya sedikit ujian sebelumnya sehinggalah saya menemukan syarikat yang PERLU untuk saya. Syukur Alhamdulillah. Allah tidak memberi apa yang kita mahu, tetapi Allah memberi apa yang kita perlukan. Sungguh luas nikmat dan rahmat Allah.

Pada rakan-rakan yang masih berjuang diluar sana seperti saya, ingatlah bahawa rezeki itu dan rezeki setiap dari makhluk Allah di muka bumi ini didalam kuasa Allah dan bukannya ditangan bos atau siapa-siapa, kerana bila mana Allah mengurniakan sesuatu itu, maka tiadalah yang dapat menghalangnya dan ia boleh diberikan pada siapa-siapa dan juga boleh ditarik daripada sesiapa pun. Saya ingin berkongsi sesuatu di sini dengan penuh rendah diri, mungkin rakan-rakan boleh menambah ibadah rakan-rakan dengan solat duha, ayat 7, surah-surah dalam Al-Quran terutama Surah Al-Waqiah, Ayat Seribu Dinar dan amalan asma ul-husna. Dalam kepayahan kita mengharungi cabaran hidup kita sehari-hari, inlah amalan yang saya amalkan untuk dipermudahkan segalan urusan, dilimpah kurniakan rezeki, ditambahkan nilai ketaqwaan dan dihindarkan dari fitnah atau ditindas sesama makhluk. Seharusnya, bukan hanya dengan membaca, tapi kita perlu memahami setiap makna dalam bacaan itu barulah kita akan dapat lebih khusyuk tatkala mengamalkannya dan mendekatkan diri pada pencipta kita. Ibaratnya ketika mengerjakan solat, seandainya kita tahu makna bacaan dalam solat, maka lebih mudah untuk kita khusyuk dan kesannya di luar solat sangatlah mengesankan. Rasanya, ini yang dapat saya kongsikan untuk rakan-rakan pada kali ini, mungkin rakan-rakan rasa perlu tegur sekiranya ada coretan ini dan perkongsian saya ini yang patut diperbetulkan. Saya terima setiap teguran yang membina insyaAllah....

Semoga kita terus dilindungi Allah dan mendapat keredhaan serta rahmat Allah sepanjang hidup kita dan dihindarkan dari fitnah Dajjal yang dilaknat...

Jumaat, Mei 20, 2011

..:: KesunYiaN MencenGKaM ::..

Salam... dah lama sangat rasenya jari jemari ini tak meniti di permukaan papan kekunci untuk mencoret sesuatu.... catatan terakhir semasa arfan lahir..sekarang arfan sudah ada adik.... Alhamdulillah seperti yang diharapkan..kami dapat seorang putri.. syukur alhamdulillah... rezeki dari Mu Ya Allah tak pernah putus2..semoga kau limpah ruahkan rahmat ke atas keluarga kami ini.. lindungi kami dan hiasi kehidupan kami dengan kebahagiaan...dilimpah ruahkan rezeki dan diselamatkan dari aniaya manusia dan segalam macam jenis gangguan........

Setiap kali pulang kerja...rumah bergelap...selalu teasa "sengal" yang teramat...bile keseorangan begini... anak-anak dan isteri di kampung..berpantang... daku pun sentiasa sibuk di pejabat.. entah bile... entahlah bile projek dapat disiapkan.... daku dah letih..teramat letih ... demoralized... buat kerja tak habis2... pun begitu..dengan kehadiran pengurus projek yang baru, ia seakan menjanjikan sesuatu yang positif..insyaAllah dengan izin Allah semuanya akan sukses.... cuma itulah...pulang ke rumah..kesunyian teramat mencengkam....
Hati ini meronta-ronta mahu pulang ke kampung halaman bertemu keluarga, ibu dan mertua serta sanak saudara... rase nak bina rumah di sane...tapi daku nak kerja apa pula yea... hmmm sememangnya amat sukar untuk membuat pilihan..... daku rase masuk kali ini sudah 4 kali daku tak jadi membeli rumah... banyak juga wang yg sudah dibazirkan.... ya.. sangat sukar untuk membuat keputusan... nak beli di Selangor? atau JB? atau bina sahaja rumah idaman di tanah pusaka abah?? ... hmmm insyaAllah akan datang pada suatu hari nanti di mana daku akan tinggal di rumah sendiri... insyaAllah... nanti ibu, arfan dan arissa akan duduk di rumah sendiri.. insyaAllah.. tapi di mana tu belum tahu lagi..... mungkin selapas mendapat pekerjaan baru dan di tempat baru nanti.....semoga Allah memperkenankan doa kami sekeluarga dan terus melimpahkan rezeki dan rahmat nya ke atas keluarga kami..

Semoga kita terus dilindungi Allah dan mendapat keredhaan serta rahmat Allah sepanjang hidup kita dan dihindarkan dari fitnah Dajjal yang dilaknat...

Rabu, Mei 19, 2010

..:: GRaTiTudE ::..

Salam, ya.. topic kali ni "Gratitude" sebab me dapat seorang "Arfan". Syukur Alhamdulillah setinggi-tinggi pujian dipanjatkan kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia dan rahmatnya telah memberi kami seorang zuriat yang comel, cukup sifatnya dan didatangkan dalam keadaan yang amat diharapkan. Alhamdulillah....proses kelahiran anak tanpa pembedahan (Jumaat,23 April 2010) .
Kami sepakat memberi nama anak ini "Adeeb Arfan" bermaksud berpengetahuan, beradab(bertamadun) dan gratitude. Sesungguhnya ia merupakan pengalaman paling berharga bersama-sama menemani isteri dan membantu membidankan beliau. Malah, membuat me menginsafi diri dan bersyukur atas kelahiran ke dunia ini.



*Semoga anak ini dilindungi Allah dan mendapat keredhaan serta rahmat Allah sepanjang hidupnya dan dihindarkan dari fitnah Dajjal yang dilaknat...

Khamis, Mac 04, 2010

..:: FB & FS ::..


Hari ini, kebanyakan dari kita punyai akaun facebook. Macam generasi me, kami move from friendster to facebook dalam tahun 2007 macam tu. Sebelum tu semua batak Friendster jek kan. Seingat me, me register Friendster tu masa tahun 2003 lagi. Asal-asalnya Friendster kene collect testimonial daripada kengkawan untuk describe kita punya profile, pastu tukar plak jadik comment. Selain itu, ada bulletin untuk kita buat announcement contoh macam gathering or reunion....

So, bila dalam facebook ni, banyak lagi utilities nya and nampak interactive dan sangat menarik. Bagusnya FB ni bile kite boleh jumpa kawan-kawan lama yang dah sekian lama terpisah atau tak pernah berhubung. Macam kawan tadika, sekolah rendah, sekolah agama, sekolah menegah, darjah khas, matrik, universiti, accp, kawan kat tempat kije lama. Ya, jalinan silaturrahim terjalin kembali lah dengan adanya FB ni. Itu yang positif, yang negatifnya pun banyak jugak. Banyak online games, tu yang sampai budak-budak tak berenti ngadap FB.Sampai terlupa makan, tido, tak pegi kelas, tak pegi kerja dan lain-lain.

Seperti mana yang kita semua maklum, FaceBook 1 Malaysia pun dah ada di mana rakyat semakin digalakkan untuk punyai akaun FB sendiri. Dan sama ada kita sedar atau pun tidak, FB juga boleh jadi punca pergaduhan, jadi punca isu perkauman, jadi isu kenegerian, jadi isu kepartian tu dah tentulah, jadi isu yang menyentuh perpaduan kaum dan sensitiviti masyarakat Malaysia dan lagi teruk, boleh kene tangkap polis dan masuk jail. Haa...amik ko. Tak sangka yek...sebab benda-benda macam ni pun boleh buat hidup kita merana.

Seingat me lah kan, kalau tak silap... benda-benda sampai kene tangkap polis ni tak pernah berlaku pun masa zaman Friendster dolu-dolu (tolong betulkan kalau fakta yang cuba diketengahkan ni silap yek).

Semakin canggih teknologi, semakin banyak benda-benda pelik yang berlaku, semua semakin berani dan lancang dalam mengeluarkan kata-kata tanpa berfikir terlebih dahulu. Zaman sekarang nie zaman kene saman kene dakwa dan sangatlah bahaya. Kalau dah rasa marah sangat tak boleh cover dan nak hina menghina,cuba elakkan daripada tulis dalam facebook anda yek, sebab byk kesan negatif yangg boleh anda tuai hasil daripada penggunaan kata-kata kesat dalam facebook anda...

* "me" tu kata ganti diri untuk "aku"

Semoga kita terus dilindungi Allah dan mendapat keredhaan serta rahmat Allah sepanjang hidup kita dan dihindarkan dari fitnah Dajjal yang dilaknat...

Khamis, Februari 18, 2010

..:: OutSpoken ::..


Lazimnya bila ada meeting or diskusi untuk memantapkan kumpulan, orang-orang sekeliling kita termasuk superior kita akan kata "luahkan segalanya untuk kita kenal pasti punca masalah". Tapi hakikatnya tak....sebab tak semua orang dapat terima apa yang kita katakan...lagi-lagi kalau apa yang kite sebut tu terkena kat batang hidung dia la kan... pastu mula la muka nak merah padam. Lepas tu mula la nak guna balik ayat tu untuk sindir-sindir kita di kemudian hari. Perghhh...panas beb..serius

Sebab tu, kite kene beringat sebelum ucap apa-apa, "fikir dahulu sebelum sebut". Yelah, manusia ni sebenarnya banyak jek hipokritnya... cakap je "open", "saya tak kesah" tapi sebenarnya dia simpan dan lama-lama benda tu jadi barah yang akan merosakkan jalinan sesama insan di masa akan datang. Sebenarnya tak salah untuk "outspoken" bila mana hati kita betul-betul ikhlas mencari penyelesaian dan kata putus. Tapi akan jadi masalah besar bile kita cakap dan orang lain tak boleh terima apa yang kita cakap sebab kene tempiasnya pada dia. Yang lebih haru bila, apa yang kita sebut tu mempengaruhi kenaikan gaji atau bonus kita sebab boss sudah touching sama kita. Yelah kan...sebab boss tu tak open, walhal dia yang kengkononnya bagi "gree light". Penghabisnya, dia yang terasa bagai.

Sebenarnya berterus-terang ni amat2 bagus kalau kedua pihak memenag ada matlamat nak capai persetujuan atau selesaikan pertelingkahan dan nak setel face to face. Memang sangat mudah sebab segala kekusutan dapat dileraikan dengan mudah. Serius, memang amat mudah. Pernah terjadi pada diriku ini. Cerita bermula bila ada seorang hamba Allah ini (seorang wanita) yang kononya kenal akan diriku. Dia ni buatlah cerita kononya aku ada cakap pada dia yang bekas suaminya diberhentikan kerja sebab mencuri komputer di tempat kerja. Cerita bohong ini diceritakan pada bekas mertuanya. Maka,bekas suami pembohong ini pun sudah call sama saya untuk clarify this story dan sudah tentulah aku menafikan sekeras-kerasnya sebab aku tak tahu menahu pun. Lepas tu aku bagitahu dia aku akan jumpa bapak dia untuk cerita duduk perkara sebenar. Dan bila aku balik kampung tu aku jumpalah dengan ayahandanya dan terangkan segalanya serta aku pun dengar cerita dari pihak dia. Hasilnya, cerita bohong dari pembohong ni dapat dirungkai. Nampak begitu mudah kan? So, si pembohong ni pun kantoi la kan. Haa...padan muka ko..jahat sangat..

Namun begitu, permasalahan masyarakat kita pada hari ini ialah ramai yang memilih untuk simpan dalam. Sampai benda tu bernanah, kudis dan berdarah pun tak nak selesaikan jugak. Lebih rela cakap belakang katanya. Yelah, ada jugak sebab yang lain... mungkin sebab orang tu superior kita, dan kita salah cakap...dah tentu periuk nasik kita pun boleh tergolek, ye tak? So, fikir-fikirkan lah ye, mana jalan yang terbaik patut kita selesaikan benda-benda macam ni.

Semoga kita terus dilindungi Allah dan mendapat keredhaan serta rahmat Allah sepanjang hidup kita dan dihindarkan dari fitnah Dajjal yang dilaknat...

Rabu, Februari 17, 2010

..:: Perjalanan ::..


Sesungguhnya hidup ini merupakan suatu pengembaraan yang kita sendiri tak pasti BILA berakhir. Akan tetapi kita pasti yang pengembaraan ini AKAN berakhir bila kita nafas terhenti untuk selamanya nanti. Ya, pengembaraan ini panjang penuh dengan liku-liku, cabaran serta bermacam bentuk pilihan terhidang di hadapan kita. Tapi... kita buat keputusan yang betul ke setiap kali terpaksa membuat pilihan tersebut... Acap kali kita terdengar bait-bait lagu "mengapa sering terjadi pilihan tak menepati". Andai kita tahu pilihan terbaik yang perlu dibuat setiap kali membuat keputusan pastinya tidak akan ada kesilapan yang kita buat dalam hidup ini. Itulah perlunya akal yang diberi Allah untuk kita, suapay kita berfikir dan menimbang akan bentuk keputusan yang dibuat berasaskan keimanan kepada-NYA. Ya, sering kali kita terlupa, alpa dalam bentuk tindakan kita dalam mencari keredhaan Illahi.

Lazimnya kita akan lama terpempan dihadapan pintu yang sudah tertutup. Tercari-cari, teraba-raba mencari dimanakah kunci untuk membuka pintu tersebut. ya, dahulunya memang pintu tersebut terbuka untuk kita, dimana dengan mudahnya kita membuka kunci tersebut dengan kunci ditangan. Akan tetapi, akan datang suatu masa dimana kita tidak lagi mampu membuka pintu tersebut seperti biasa. Mungkin kuncinya sudah berkarat, patah, atau mungkin sudah dihalau oleh empunya pintu. Mungkin sebab kita tak bayar sewa... haha. Kadangkala, mungkin empunya pintu tak lagi mengharapkan kita untuk membuka pintu itu lagi....maka dengan seberapa cara beliau akan menyusahkan kita untuk membuka pintu tersebut. Hmmm...siapa yang tahu kan?

Dalam hidup ini kita sentiasa ada pilihan. Cuma, pilihan tersebut dan apa kan jadi pada kita, bergantung pada pilihan yang kita buat pada hari ini. Seandainya hari ini kita membuat pilihan terbaik dan berjaya membuka pintu pilihan itu, maka lazimnya kita akan punyai pilihan yang lebih baik di masa mendatang. Mungkin bukan hanya untuk kita, tetapi keluarga kita serta keturunan kita di masa mendatang. Maka dengan itu, janganlah kita termanggu memikirkan pintu lama yang seakan tidak akan terbuka lagi untuk kita. Munigin....orang luar boleh berkata itu dan ini, bait-bait ayat yang kana mempengaruhi keputusan kita pada hari ni. Tetapi ingatlah bahawa kita yang akan mengubah diri kita dan tidak salah jika kita menimbang apa yang diperkatakan mereka ketika membuat keputusan. Akan tetapi, jangan sesekali mengharapkan jaminan orang lain untuk masa depan kita.

Seandainya kita tahu yang kita perlu berubah, ada ilmu, ada kemahiran, namun kita tak juga bertindak, maka kita mungkin tergolong dikalangan mereka-mereka yang rugi kerana tidak mengambil sedikit risiko sebaliknya membiarkan nasib diri dan menyerahkan segalanya pada takdir. Bangun!! Bangun!! Bangunlah!! kerana tak akan ada orang lain yang akan mengubah kita melainkan diri kita sendiri rakan-rakan.... Seandainya kita tak memikirkan pilihan untuk kita, paling tidak pun..kita buat untuk yang TERSAYANG....

Semoga kita terus dilindungi Allah dan mendapat keredhaan serta rahmat Allah sepanjang hidup kita dan dihindarkan dari fitnah Dajjal yang dilaknat...

Jumaat, Disember 12, 2008

..:: BERMUDA Triangle... ::..

JURUTERBANG sebuah pesawat kecil yang dalam perjalanan dari Florida ke Kepulauan Bahamas baru saja melaporkan ke Pusat Kawalan Trafik Udara bahawa pesawatnya akan mendaki ke paras 10,000 kaki. Pagi itu cuaca sangat baik, dan lautan yang terbentang luas kelihatan tenang. Si juruterbang dapat melihat kapal-kapal, kecil dan besar, di bawah sana. Melihatkan suasana yang cukup baik, dia begitu yakin dapat melakukan penerbangan dengan lancar, dan membawa penumpang yang bakal diambilnya di Bahamas kelak untuk kembali ke Florida.

Tiba-tiba dia terganggu, atau begitulah keadaan yang dianggap oleh pegawai trafik udara yang mengawasi penerbangan pesawat kecil itu. Suara si juruterbang seolah-olah dalam kebingungan. Butiran percakapannya agak sukar difahami, tetapi dapat juga pegawai itu menangkap beberapa perkara seperti “tidak pasti arah penerbangan”, “kabus datang entah dari mana”, dan “kawalan pesawat kucar-kacir”. Selang beberapa ketika, suara juruterbang itu terus sunyi dalam talian. Tompokan pada skrin kawalan trafik yang menandakan kedudukan pesawat kecil itu tiba-tiba hilang.

Laporan mengenai kehilangan sebuah kapal terbang dan juruterbang, dengan kemungkinan berlakunya kemalangan kapal terbang terhempas, telah difailkan, dan operasi mencari telah dilancarkan. Pencarian telah melibatkan satu kawasan yang luas, tetapi tiada sebarang kesan kapal terbang kecil dan juruterbangnya, jika dia terselamat dari kejadian terhempas. Kapal-kapal yang lalu di situ telah dihubungi, begitu juga banyak pesawat lain yang turut terbang hampir dengan kawasan itu pada pagi tersebut, tetapi tiada sesiapa pun yang perasan akan kapal terbang kecil itu atau apa-apa perkara ganjil.

Ini adalah situasi yang seringkali digambarkan mengenai kes-kes kehilangan di satu kawasan laut khusus di Lautan Atlantik, berdekatan rantau Karibean, yang pada hari ini dikenali sebagai Segitiga Bermuda. Dalam rekod, berpuluh-puluh kapal terbang dan kapal laut telah hilang tanpa dapat dikesan lagi dalam kawasan ini. Apakah sebenarnya yang telah terjadi kepada kapal-kapal terbang dan kapal-kapal laut itu, serta mereka yang berada di dalamnya? Ini adalah soalan yang masih belum terjawab sepenuhnya.

Apakah itu Segitiga Bermuda, dan di manakah lokasinya? Segitiga Bermuda bukanlah satu segitiga fizikal, sebaliknya cuma satu penyempadanan yang membataskan kawasan di mana sering berlakunya kehilangan kapal terbang dan kapal laut secara bermisteri. Segitiga ini disempadani tiga garis lurus yang menghubungkan Pulau Bermuda ke Miami di Florida, Amerika Syarikat, ke Puerto Rico, kemudian kembali ke Bermuda, seperti dalam peta di sebelah.

Di dalam kawasan berbentuk segitiga inilah berlakunya kehilangan kapal terbang dan kapal laut tanpa sebarang sebab yang munasabah, dan tanpa dapat dikesan lagi selepas itu, biarpun bangkai pesawat atau kapal, mahupun mayat mereka yang berada di dalamnya - jika hendak dikatakan bahawa pesawat dan kapal itu telah menghadapi kemalangan.

Sebenarnya jumlah bencana pesawat udara dan kapal laut di dalam lingkungan segitiga ini mungkin tidak jauh berbeza dengan kawasan lain di seluruh dunia, tetapi apa yang ganjil adalah bagaimana kes-kes di Segitiga Bermuda berlaku dengan sebegitu bermisteri. Kehilangan sepenuhnya bagi majoriti kes, seolah-olah pesawat udara dan kapal laut itu telah dibawa keluar dari dunia ini bersama-sama anak kapal sekaligus!

Antara kes yang sering disebut berkaitan misteri Segitiga Bermuda adalah kehilangan skuadron pesawat pengebom Amerika Syarikat, dipanggil Flight 19 pada tahun 1945. Skuadron itu telah melakukan penerbangan di kawasan Segitiga Bermuda. Seluruh skuadron tersebut telah lenyap dari imbasan radar, tanpa melaporkan sebarang perkara ganjil kecuali masalah menentukan hala penerbangan, yang mungkin menandakan kerosakan kompas. Sebuah pesawat yang dikerahkan untuk mencari skuadron itu turut hilang, tetapi ia kemudiannya telah ditemui terhempas di laut.

Sebuah kapal pengangkut arang batu sepanjang 522 kaki, USS Cyclops, lesap bersama 309 anak kapal pada tahun 1952. Sebuah kapal lain, Sylvia L. Ossa, sepanjang 590 kaki hilang berdekatan Bermuda pada tahun 1976, bersama 37 orang anak kapal.

Berbagai teori telah diutarakan banyak pihak mengenai punca kes-kes kehilangan misteri ini. Ada yang mengatakan kawasan Segitiga Bermuda itu adalah lingkungan kuasa sihir, dan pusat kegiatan syaitan. Sememangnya tidak jauh dari Segitiga Bermuda, iaitu di pulau Haiti, amalan voodoo yang melibatkan ilmu sihir dan pemahaman berkaitan kuasa baik dan kuasa jahat adalah sangat kuat (perhatikan The Tome edisi 5, berkenaan zombie yang ada kaitan dengan amalan voodoo). Ada juga yang mengaitkan Segitiga Bermuda dengan misteri Atlantis, kota purba yang tenggelam ke dasar laut (lihat The Tome edisi 7). Akan tetapi teori-teori sebegini lebih bersifat spekulatif, dan tidak memiliki dasar saintifik atau logik yang kukuh.

Sebaliknya kita akan sentuh di sini berkenaan teori yang lebih saintifik. Banyak laporan menyatakan bahawa kehilangan sering didahului masalah kompas yang gagal menunjukkan arah dengan tepat. Ini mungkin memberi petunjuk kepada kita bahawa terdapat medan magnet, atau medan elektromagnet, yang luar biasa di lingkungan segitiga tersebut. Planet bumi memiliki medan magnet yang mengalir dari Kutub Selatan ke Kutub Utara, dan medan ini seragam di seluruh planet. Kompas yang berfungsi dengan baik akan mengikut arah aliran ini, jarumnya beralih supaya selari dengan arah aliran, justeru setiap hujungnya menghala ke setiap kutub.

Tetapi terdapat situasi tertentu di mana fungsi kompas akan terganggu. Jika terdapat sumber medan magnet yang berasingan, ia akan memaksa kompas patuh kepada aliran medan baru itu. Jika anda meletakkan satu magnet berdekatan sebuah kompas, anda akan perhatikan bahawa jarum kompas akan tertarik kepada magnet itu, dan mengabaikan tarikan medan magnet bumi.
Apakah yang menyebabkan jarum kompas dalam pesawat dan kapal yang hilang itu berputar-putar tanpa dapat memberi penunjuk arah yang tetap? Mungkin terdapat medan elektromagnet yang berubah-ubah dalam kawasan Segitiga Bermuda. Maka apakah pula yang menyebabkan medan tersebut berada di dalam segitiga itu?

Medan elektromagnetik boleh mempengaruhi banyak perkara, antaranya keadaan sesuatu bahan. Eksperimen ke atas model skala Piramid Agung di Giza, Mesir (lihat The Tome edisi 1) menunjukkan bahawa suatu medan elektromagnet yang luar biasa terkandung di dalam piramid dan tertumpu pada satu kedudukan tertentu. Sesetengah pihak mengatakan medan elektromagnet inilah yang memelihara mumia sebegitu baik selama ribuan tahun, dan mencetuskan pengalaman aneh di kalangan orang yang masuk ke dalam piramid. Terdapat juga kajian yang menunjukkan medan elektromagnet boleh membuatkan sesetengah objek terawang-awang di udara dan berubah sifat.

Medan elektromagnet turut memberi kesan terhadap saraf dan persepsi deria manusia. Kajian ada menunjukkan bahawa kita boleh menjadi gelisah dan tidak tenang jika didedahkan kepada medan elektromagnet yang kuat, dan kita sedia maklum apa yang boleh berlaku jika kita berasa gelisah dan kacau-bilau semasa melakukan sesuatu yang memerlukan tumpuan. Jika medan ini wujud di Segitiga Bermuda pada magnitud yang luar biasa, ada kemungkinan mereka yang lalu di dalam kawasan tersebut akan nampak atau dengar sesuatu yang aneh, biarpun ia sebenarnya tidak wujud di situ. Ini seterusnya akan mengugat orientasi, dan dengan mudah pengendalian pesawat atau kapal akan terjejas.

Perubahan cuaca secara mendadak, dari segi angin, arus laut, tekanan udara dan sebagainya juga boleh menjadi sebab berlakunya sesuatu yang buruk ke atas kapal terbang dan kapal laut. Dalam rekod, terdapat beberapa kejadian yang serius dalam cuaca yang boleh dikatakan baik menimpa beberapa penerbangan komersial, seperti pada 28 Ogos 1991 dan 17 Januari 1996, kedua-duanya melibatkan pesawat Airbus yang digunakan American Airlines. Dalam kedua-dua kejadian, ramai penumpang tercedera akibat pesawat yang ditimpa gelombang udara (air turbulence), kemudian menjunam apabila memasuki poket udara.

Poket udara adalah kawasan di mana udaranya bergerak ke bawah atau bertekanan rendah, mengakibatkan kapal terbang yang melaluinya menjunam ke bawah secara tiba-tiba. Juruterbang yang terlatih akan dapat mengawal pesawat dengan baik dalam situasi sebegini, tetapi para penumpang selalunya akan menghadapi keadaan tidak selesa, terkejut atau tercedera akibat lambungan kuat.

Namun ia masih tidak cukup untuk menjelaskan kenapa sebegitu pesawat, kapal dan mereka yang mengendalikannya lenyap secara mendadak tanpa dapat dikesan lagi, tanpa dapat dipastikan sama ada berlakunya kemalangan seperti terhempas atau tenggelam. Tetapi, ya, ia adalah lautan yang luas lagi dalam, dan amat sukar untuk mencari suatu objek yang secara relatifnya sangat kecil di situ. Sebenarnya terdapat juga beberapa kes di mana kapal yang hilang telah ditemui semula, tetapi tanpa anak kapal.

Teori lain pula menyebut tentang vorteks atau gangguan dalam lipatan daya graviti, masa dan dimensi - teori yang lebih rumit dan kedengaran sangat luar biasa, biarpun vorteks sebenarnya wujud, yakni di angkasa lepas. Lubang hitam, atau “black hole” adalah suatu vorteks, di mana daya gravitinya cukup kuat hinggakan cahaya pun tidak dapat lepas daripada tarikannya. Apa jua yang disedut lubang hitam akan musnah dan lenyap. Jika wujud sebuah vorteks seumpama lubang hitam di Segitiga Bermuda, apa jua yang mendekatinya akan disedut dan akhirnya hilang begitu saja. Tetapi sebuah lubang hitam mahupun sebarang fenomena seumpanya tidak pernah dikesan di mana-mana sekalipun di planet Bumi kita ini, dan ia kedengaran agak mustahil untuk berlaku di sini.

Pada masa yang sama, penyiasatan telah mendapati betapa keterangan yang pada mulanya kedengaran penuh dengan kejadian aneh telah berubah-ubah, lalu akhirnya didapati bahawa kemalangan berlaku atas sebab biasa semata-mata. Mungkinkah beberapa kes yang sebelumnya dilaporkan penuh dengan misteri hanyalah akibat ditokok-tambah pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab?

Dalam kes Flight 19 yang disampaikan di atas, pada mulanya timbul cerita bahawa juruterbang dalam skuadron itu melaporkan melihat sesuatu yang aneh, tetapi ini kemudiannya disangkal oleh laporan rasmi. Berkemungkinan besar kompas pesawat-pesawat itu telah gagal berfungsi (atas sebab apa?), dan tanpa dapat menentukan hala tuju yang tepat, kesemua pesawat itu mungkin telah kehabisan bahan api dan jatuh menjunam ke dalam laut.

Faktor manusia jika tidak boleh ditolak sepenuhnya. Pada hari ini, di lautan seluruh dunia, kegiatan pengganas dan lanun masih menjadi risiko besar, khususnya di perairan berdekatan rantau Karibean dan Amerika Latin, di manabanyak kumpulan penjenayah, antaranya penyeludup dan pengedar dadah, masih bergiat. Tidak mustahil kapal-kapal yang hilang di dalam Segitiga Bermuda sebenarnya telah diserang lanun atau penjahat, kapalnya ditinggalkan atau dibawa lari bersama untuk digunakan dalam kegiatan haram mereka.

Pada hari ini, kita mendapati bahawa banyak penerbangan dan pelayaran dilakukan merentasi kawasan segitiga ini setiap hari. Para juruterbang, syarikat penerbangan, pelayar dan syarikat perkapalan nampaknya tidak begitu endahkan Segitiga Bermuda

..:: Flying high.... ::..

Impian manusia untuk terbang seperti burung kini menjadi kenyataan selepas seorang bekas juruterbang, Yves Rossy menjadi manusia pertama terbang dengan menggunakan sayap berenjin. Sayap itu bukan sahaja direka dan dimajukan oleh Rossy bagi membolehkannya terbang tetapi dia juga turut menguji alat itu sejak tujuh tahun yang lalu.

Pada Jun 2004, Rossy berjaya menerbangkan sayap berenjin yang diletakkan di belakangnya selepas terjun dari sebuah pesawat Pilatus pada ketinggian 4,000
meter. Beberapa saat selepas itu Rossy mula membuka sayapnya dan menghidupkan enjin serta mengambil masa selama 30 saat untuk menstabilkan badannya.

Selepas berjaya mengawal sayap, Rossy akhirnya berjaya terbang pada ketinggian 1,600 meter dan meluncur beriringan dengan pesawat Pilatus pada kelajuan
180 kilometer sejam. Sepanjang penerbangan selama empat minit itu, Rossy perlu mengerakkan badannya untuk mengemudi pergerakan sayap sama seperti yang dilakukan oleh seekor
burung.

Sejak penerbangan sulung itu, Rossy telah terbang sebanyak 30 kali dan dengan bantuan rakan-rakannya untuk memajukan sayap itu dia kini boleh terbang selama 390 saat. Pada musim luruh lalu, sayap yang mempunyai empat enjin mini itu berjaya diterbangkan dan Rossy meluncur dengan kelajuan lebih daripada 200 kilometer sejam.
Projek Rossy itu juga memperoleh permit dari Pejabat Persekutuan untuk Penerbangan Awam Switzerland (FOCA) dan dilindungi insurans.

Ahad, Julai 13, 2008

..:: STEREOTYPE??? ::..

Afiq, one of my nephew nie...actually mak ayah dia apply utk maktab before this, dan memang rezeki dia...dia dapat..but then dia reject offer tu and choose matriculation program dekat KMM (Kolej Matrikulasi Melaka). Actually, bapak dia ni memang tak setuju sangat sebab alang2 dah dapat yang bakal jadi gomen servant kenapa nak tolak kan?? Dan katanya kije kerajann ni terjamin, hehe..aku tak berapa setuju dengan statement ni sebab yang boleh jamin kita ni bukan kerja kita, tapi Allah. Sebab apa2 pun boleh jadi dalam hidup ni. Apa yang kita nampak skang ni blum tentu bole remain for the next 20 years.
Reason Afiq masuk matriks ni sebab dia minat and nak kije dalam bidang IT macam Cik Adib, wohooo..patutla dulu dia beria tanya aku itu ini pasal IT ni..tapi yang aku perasan dia ni mcm lebih minat pada security and networking, even IT tapi cabang dia dah lain la nanti dengan aku..hehe.. pastu dia kata.. dia tak nak jadik stereotype, yela..mak ayah dia dah cikgu, so dia kata memang dia xminat nk jd pendidik dan nak kelainan..tapi sebenarnya dia memang tak setuju apa yang parents dia suggestkan utk dia nih. Oleh keranan Afiq ni dah decide dia nk pegi IT field so aku pun bagi la dorongan kat dia. Bidang IT ni sangat meluas dan banyak cabang yang kita boleh pilih...Sebab sekarang ni pun foreigner mostly from India yang conquer IT kat Mesia nie. Income diorang confirm la 5 angka semuanya.. Aku pun banyak timba ilmu untuk oracle development ni daripada foreigner consultant gak. Aku bg nama sorang..nama dia Muthu, asal India la.. very expert in ORACLE Technical Development, dah 7 tahun experience. So, memang banyak la yang aku blaja dari dia... dan dia pesan kat aku, kije kat IT ni kene selalu update knowledge and information, must have time for reading session(everyday). Even skang ni job scope aku lebih pada business support, tapi still pakai lagi development nie. So, kalu ada technology baru, company hantar pi training dekat ORACLE University lar. Memang banyak benefit bila pi training ni, so gunakan la peluang dengan sebaiknya.
Berbalik pada cerita Afiq nie, kisah dia ada sama sikit dengan aku dulu. Dia boleh kata aku ni mcm idola dia la, hish..aku pun masih merangkak lagi nie ha, idola lah sangat..tapi tetap sentiasa berusaha memahirkan diri dalam bidang aku. Nak belaja benda baru dari senior ni bukan benda mudah, diorang dah lama wat benda ni dan kita orang baru, so kita kene berusaha gigih..tak kira macam mana caranya, yang penting..in the end kita jadi one of the expertist dalam bidang kita nie. Masa arwah abah aku suruh amik pendidikan masa matriks dulu pun, aku taknak..sebab memang tak minat, lagi pun adik beradik dh ramai yang cikgu, pensyarah... so aku decide benda lain(bukan Stereotype), padahal aku pun tak berapa konfiden jek masa tu, lepas kecewa tak dapat kebenaran parents nak masuk ALAM. Tapi alhamdulillah, Tuhan dah tentukan yang terbaik jalan dalam hidup aku ni. Memang ada rahmat disebalik semua kejadian. So, dalam kita berusaha tu, jangalah kita lupa berdoa, sebab yang menetukan kejayaan kita ni 90% datangnya daripada usaha dan selebihnya bergantung pada environment dan takdir. Dan aku masih percaya bahawa takdir dan ketentuan Illahi sebenarnya lebih banyak mempengaruhi faktor kejayaan kita ni, bermakna usaha kita tidak memonopoli 90% faktor kejayaan ni walaupun aku letak 90% kat awal2 tadi tapi hati kecilku masih cuba menafikannya. Cuba anda perhati kisah rekaan disini yek..ada pertandingan cabutan bertuah dekat satu pasaraya nie...ada 100 keping semuanya..A hantar penyertaan sebanyak 99 penyertaan dan B hantar 1 jek. So A ada 99% kebarangkalian nak menang dan B cuma ada 1% jek. Bila pengurus besar pasaraya tu cabut, kupon penyertaan B yang naik, dan B lah yang dapat hadiah cabutan bertuah tu walaupun dia cuma hantar 1 penyertaan jek... so, adakah anda faham mesej saya disini?? Saya harap anda fahamlah ye...
Bukanlah maksud saya nak kata kita tak perlu berusaha.. tapi usaha tu perlu seiring dengan doa.. berusaha dan bertawakkal ye kawan2.. Semoga kita semua berjaya dalam setiap apa yang diusahakan..dan kalu tak berjaya tu, jangalah cepat putus asa. Kegagalan adalah satu peluang untuk kita mencuba dan berusaha dengan lebih baik di masa akan datang. Untuk rakan2 yang masih setia bekerja dalam bidang IT, terutama dari kalangan ACCPian..hehe.. saya ucapkan tahniah kerana anda masih mampu bertahan menggalas satu kerjaya yang sangat mencabar nie.

Jumaat, Jun 06, 2008

..:: Kenapa ni ha???!!!! ::..

" Hai minyak...minyak, kenapa la kau ni?? sebab kau sorang la dalam ramai-ramai ni mintak duit poket lebih, adik-beradik yang lain pun mintak lebih gak.. teruk la papa mcm nie tau, sebab bila papa tambah elaun poket untuk kau ni minyak, sama macam papa tambah elaun untuk semua tau... ahduhh..mana la nak carik duit nie, aritu apply kat boss untuk revise gaji pun tak dilayan...buatla berapa banyak application letter pun.. boss tetap tak naikkan gaji, tapi kalu minyak yang mintak tambah duit poket, papa WAJIB lah pulak yek nak layan.... kenapa?? kenapa??
Lepas tu kan, boss papa kata, kalau dah gaji tak naik, tapi elaun anak-anak meningkat, kita kena lah ubah lifestyle kita, berjimat.. hmm nak ubah lifestyle?? baik aku tukar jek BOSS lain... apa ke sengalnya?? Jimat tu bermaksud kalau ada lebihan perbelanjaan kita untuk barang yang tak sepatutnya kita belanjakan, dan apabila kita tidak membelanjakan atas perbelanjaan yang tak perlu itu, maka ia dianggap sebagai berjimat. Tapi seandainya perbelanjaan keperluan asas yang perlu dipotong, itu namanya SENGSARA. Apa ke sengalnya BOSS papa nie?? Memang sepatutnya dia tak jadi BOSS lagi..pemikirannya sudah tak relevan.. Maklumla..dah tua.. rambut pun putih semua dah... katanya income company nak salurkan untuk kemudahan prasarana company..nak memudahkan pekerja macam papa nie, sampai sekarang pun habuk takdak... ke masuk dalam akaun BOSS tu sendiri??? " - luahan hati papa yang lara....
p/s: tapi yang bujang macam aku ni pun tempias gak brader....

Renung-renungkan lah.....

Ahad, Jun 01, 2008

..:: WONDERKID to join Gunners ::..

Well...well..well, adib here..hehe..it's very long time since my last post..... for your information, Samir Nasri..the most talented playmaker will join gunners next season, but i dont think that he'll fit into gunners 1st eleven easily once he arrive. Then, he need to mix up with arsene's blend in order to play "arsene's ball". Instead of his playmaker talent, he's also posses a great pace and
run. Once he'll find the gunners rhythm, i hope to see the gunners will be back on top of the league, maintain at pole position until the season's end. Since we have to watch EURO 2008 this June, all of the high profile superstar and wonderkid is having very tight schedule and crucial objective to achieve, EXCEPT England, the Three Lion squad lahh... haha.. pity for 3 lions die hard fanzz. Hehe, don't blame me, because i'm not the one who fails your team ok?? As sequeance, Samir Nasri also carry a huge task for his country, then to his new club..he need to be prepared on how to settling into our gunners members and football style. In the meantime, i am confident that he will become superb creative midfielder at North london and can boost gunners moral and style of play. His ability to do the unexpected move would be the most dangerous threat to our oppenent. Since we had Cesc as creative midfield, we also have Samir Nasri who are describe as the next Zizou in France. In my opininon, instead of we have very creative midfield, we need a replacement for hardworking midfielder like Flamini who did joined Milan this summer. His departure is abig loss for gunners but i am confident that arsene has a contingency plan regarding Flamini's departure. Jean II Makoun is one of my favourite Defensive Midfielder since his style of footbal is similar to Makelele. He is hardworking, tight marking, got tremendous stamina and quite annoying while marking opponent's forward and conquer the midfield area very well. Last time we got Lassana Diarra, but he quit since he can't get first eleven because of Flamini. Yeah, we really need very strong midfield to win the ball from opponents in order to support Cesc in the middle. Someone like Vierra, always fighting and scary... hehe i describe him as "SCARY" because his personality make our opponents afraid while facing him and he's very good while winning a ball. Last but not least, we need, we really need a very good Center Back to support our current captain and Kolo Toure. Since our captain cannot deal with long ball, arsene need to bring in a 'towering' center back, who is good at marking, tackling, heading, posses great acceleration and can anticipate quickly. I am not blaming Gallas, because we are just human, can't be perfect all the time we perform. Even the finest programmer did found syntax error in their coding. Hehe.. Gallas got my apology. Since we have Samir Nasri, i hope that arsene will bring in another STAR like Eduardo and Bakary Sagna who are the right man for gunners job. STAR is not means that he's a big name, but they can bring in their spirit and skills to bring our team into the better level of football just like Eduardo and Sagna. Hope to see wonderful football and silverware next season for GUNNERS......

Ahad, April 06, 2008

..:: Kes Naya 2 ::..

ni sambung pasal issue Celcom nie..so setelah aku wat report and aku dah wat surat sumpah kat pesuruh jaya sumpah, aku pun datang la ke Celcom Kempas, Johor dengan harapan diorang take action la pasal issue nie. So kat counter tu, aku pun bgtaula kat staff Celcom tu yang benda ni fraud dan aku tunjukkan dokumen-dokumen yang aku dah prepare. Ko tau tak apa diorg kata?? Dia kata "Encik, kalau benda ni bukan fraud, encik akan ada masalah kat mahkamah nanti" punya la setannya bahasa dia kan, dahla korang yang cuai, pastu nak kata aku wat laporan palsu lak. Macam mana la aku tak hangin pza...perangai diorg nie teruk sgt tau. Pastu aku cakap la "for sure benda nie fraud". Pastu dia pun bawak la list benda2 yang nak kemukankan termasuk la bill and surat masa daftar. Pastu aku cakap la aku mana ada benda2 nie sebab benda tu didaftarkan kat tempat lain. Pastu dia kata, "Encik kena ada dokumen ni semua barulah kami boleh tolong encik"... kan ke sengal ni namanya..baik ko tak payah kije kat Celcom..dah tentula kalau orang tu menipu dan dia daftarkan kat alamat rumah yang lain, mana la aku nak ade benda surat pendaftaran tu and latest bill tu semua. Dah la tahun 2002. Pastu aku cakap "Yang patut ditolong tu ialah Celcom sebab dah memalsukan nama dan IC saya dan menyusahkan saya" pastu minah ni lagi mau cakap yang merujuk pada aku yang slah and tanya macam mana dia boleh guna IC aku. Kalau aku tahu macam mana dia buat, xde la aku nak susah2 macam ni NGOKKK!!! aku pun blah la, and pi kat counter lagi satu mintak number celcom HQ. Pastu aku call akak aku mintak tolong kawan dia yang ex-manager kat Celcom. Tak pasal2 je kak Nelly yang dah tak keje kat Celcom nak kene involve, sian dia tau. Aku memang sangat2 sakit hati, dah la teraniaya, kene tuduh palsukan aduan pulak.... Sabar pun ade hadnya.. tapi dunia ni kan bulat, aku harap staff tu tahu langit tu tinggi ke rendah kalu kene kat batang hidung dia sendiri, kes-kes teraniaya macam nie. Pengabisnya, issue tak settel, buat penat jek aku datang jauh2 nak wat report pastu dilayan camtu. memang cantik sangat perangai diorang nie.

Rabu, Mac 26, 2008

..:: Kes Naya ::..

Liar, penipu.. lu naya gua beb... Yesterday aku pegi kat Celcom booth dengan segunung harapan nak register Celcom power38, postpaid plan la kununnya. Aku pun beria la isi form untuk dua bill, siap dah pilih number2 yang cun plak tu. Sekali bila staff celcom tu checking IC aku kat sistem dia, nama aku sangkut. Ada hanjing mana ntah guna nama dan IC aku, ada outstanding balance 1600++ lak tu, memang hanjing sangat.Nama dia pakai nama aku la, IC pun sama, Acc No :34270583 Mobile No:0137458314 Mother:Maimunah Razali Daftar kat Celcom Batu Pahat pada 30 Jan 2002. Tapi pada mase ni gua kat Seremban beb, kat matriks. Apa kejadahnya aku bole register kat Celcom Batu Pahat?? Entah sape punya mak ntah Maimunah Razali tu. Bila aku revised balik memory kepala otak aku, baru gua teringat beb, dulu gua penah hilang IC mase skolah kat High School Batu Pahat. Agaknya hanjing ni simpan IC gua and bila umur gua dah 18 tahun, hanjing ni "tolong registerkan" untuk diri hanjing nie. Sorry la aku pakai "hanjing" sebab tu jek gelaran yang layak untuk orang macam nie. Tapi yang peliknya, masa tahun 2005, aku ade register postpaid celcom, tapi Celcom xde plak inform aku pasal benda nie?? Amende la diorg nie. Sengal gak sebenarnya. Dan gua rase, gua kene check nama gua kat maxis dan Digi gak mana la tahu kot2 hanjing ni guna nama gua kat maxis dan digi gak. Pakai 3 bulan jek tapi bill sampai 1600++. Memang hanjing sangat ko nie, dan ko bakal mati kene gilis lori kontena sebab doa orang yang teraniaya tu makbul. Ko faham tak??? Ehh.. hanjing mana la tahu baca kan?? tapi hanjing ni pandai register kat Celcom atas nama aku.So untuk rakan2 dan sahabat handaiku, kalu ko rase korang pernah hilang IC, pegi la check kat mana2 service provider, takut nama korang sangkut k. Gua dah send email kat celcom customer care dan diorang tak reply2 lagi. Semalam dah pegi police station, diorg tak kesah nak wat report semalam tapi diorg suggestkan kalau ade detail lagi bagus. So aku kene la amik detail aku. Petang ni jugak aku pegi wat report.

Selasa, Februari 19, 2008

Ibu ohhh ibu...mak ohh mak...

Bila aku dapat emel ni, aku bace dan aku nak share dgn korang...so bace lah yea, supaya kita tahu apa yang kite kejar dalam hidup nie.......


"Surat Dari Anak Mak Yang Dah Tak Nakal"

Mak.....

Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari.....
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih....

Mak tau tak.....
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa.....
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....
nak tinggal kan anak2 mak..... nak tinggal kan dunia fana ni.....

mak macam dah sedia.....
Seminggu sebelum tu.....
mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.....
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu....
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih.....
kakak pun rasa hairan.....
mak tak penah buat gitu.....

pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak.....
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam ......
kengkadang siaran indonesia ...
mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...

Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2....
pastu mak jemur karpet-karpet. ..
pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
mak biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..

paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak..
ada kat dalam almari.....
ada kat dalam dalam beg.....
ada dalam ASB.....
ada kat dalam Tabung Haji..
mak cakap tak berapa cukup lagi....
ada kat dalam gulung tikar.....

masa tu mak perasan takk..??
kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar...
kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa...
mak cuma gelak jer...
eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..

Mak.....
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut.....
bila malam tu kiter sampai dari KL.....
mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk.....
mak tetap takmau pi hospital.... .
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital.... .
tapi kiter berkeras juga pujukk..
nanti di hospital ada doktor...
ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..

Mak tetap tak bersetuju... ..
mak memang degil..
tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk....
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit
kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital.... ..

Mak.....
amponkan kami semua...
kami nak mak sehat...
kami sayang mak...
kami tak mau mak sakit...
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....
ampon kan kami yer mak....

Mak.....
Malam itu abang bawa mak ke hospital
dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak,
kiter kata nak beli kereta....
Mak asyik tanya ajer..
cukup ker duitt..
kiter jawab pula...
kalau tak cukup, mak kan banyak duit...
mak gelak ajerr.....

Lepas tu bila kereta kiter sampai....
mak buat kenduri kesyukuran.. ....
Dan kiter masih ingat lagi...
bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor.....
Punya la kiter takut...
kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak.....
Bila balik sahaja kampong....
kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj.....
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...
mak tanya kenapa...?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga.....

Mak....
tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...
mak, kiter menipu mak kan ...
ampon kan kiter....
Mak.....
Jam 4.30 pa gi 19/08 /2006
Bila tiba aja kat hospital....
nurse tengah balut mak dengan kain putih.....
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak....
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
mesti mak nampak semua tu kann...kann. .kannn

Mak tau tak....
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
jalan di depan terasa makin kelam.....
airmata dah tak mampu di tahan....
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...
di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
kosong. ...sekosong hati ini.....
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.. .....
terasa syahdu dan sayu...dinginnnn. ....

Mak.....
Kiter masih ingat lagi...
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan .....
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak.....
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan.....
Mak perasan tak...?

Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.....
Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat gitu...jangan nangis ya.."
Bila makcik tu kata gitu...
lagi laaaa laju airmata ni..
tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak....

Mak.....
Sampai takat ini surat ni kiter tulis.....
kiter nangis ni.....
Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi....
Takder orang yang bangun lagi.....
kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...
kiter rindu kat mak..!
Takpa la....
nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
kiter baca yassin untuk mak...
mak tunggu ya..!
Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya... .
Semua anak2 mak mengelilingi mak...
menatap wajah mak buat kali terakhir....
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja...
Mak rasa tak....
masa tu kiter sentuh dahi mak....
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk.....
Kiter tak mampu nak cium mak...
kiter tak daya....
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...
Airmata kiter tak boleh tahan....
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...
tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak....

Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah....
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...
badan akak terasa panas...
makk...
anak mak yang seorang tu demam....

Mak tauu...
cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .
Mak.....
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...
boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...

Dan sampai satu tahap....
masa tu malam jumaat selepas maghrib...
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. ....
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi...
semakin kiter tenung terasa semakin sayu...
tangisan tak dapat dibendung...

Mak tauu...
kiter cuba bertahan...
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
Kiter rasa nak telefon mak...
nak cakap dengan mak....
anak mak yang ni dah tak betul kan ...?
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong...
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kiter...
Akak kata..." tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak.."
Dan akhirnya akak juga nangis.....

Mak tau tak..
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
rasa nyilu sangat...
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...
hanya sedekah al-fatihah kiter berikan.....

Mak....
cukup la sampai sini dulu....
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu....
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ....
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...
esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula....
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih...
pastu kawan kiter bgtau...
simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje...
Takper yer mak...
kiter kasi orang lain baca...
Kiter stop dulu...
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk mak,
I LOVE YOU SO MUCH
dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter...
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk unibesiti..
sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...
boleh rasa duduk kat negara orang...
sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..

Sekian terima kasih,
Yang Benar Anak mak yang dah tak degil

ESPNsoccernet

"CeRpen SiTe"