As-Salam... Ya kite wajib bersyukur atas kurniaan Allah pada kita. Atas apa jua yg kita peroleh, udara yang kita sedut, makanan yang kita makan, pemandangan yang kita lihat, nikmat akal, nikmat kesihatan, nikmat roh yang menunjangi diri kita dan yang paling penting ialah rahmat Allah yang tidak terhingga. Perlu diingat, Allah tidak memberi apa yang kita mahu, tetapi Allah memberi apa yang kita perlukan.
Dewasa ini, kita banyak disajikan dengan drama-drama politik tanah air, saya tidak mahu menyentuh tentang politik, yang penting kita jangan taksub, baca dari kedua pihak, timbang dengan adil dan percayalah bahawa tiada yang maksum selain junjungan kita Rasulullah S.A.W. Adalah tersangat indah kiranya Islam itu makmur dan semakin subur di bumi tercinta ini. Bersyukur dengan apa yang Allah beri pada kita, sentiasa berusaha untuk jadi lebih baik setiap hari dan kekalkan keamanan yang ada. Saya sangat berharap negara kita menjadi sebuah negara yang lebih aman, yang menyuburkan Islam dan ummat Islam yang bersatu di bawah agama bukannya bersatu di bawah parti politik dan meminggirkan agama.
Syukur Alhamdulillah saya sudah punya sepasang cahayamata, sesungguhnya salah satu daripada nikmat Allah yang tidak terhingga. Saban hari pulang dari kerja melayan keletah anak-anak yang sedang membesar dan chumell tentunya mendatangkan satu perasaan puas yang tak bisa digambarkan. Tidak terlepas juga kadang-kadang bila anak buat hal, memanglah agak stress kadang-kadang, tapi lumrah kanak-kanak memanglah begitu. Semoga Allah memberi kesabaran yang tinggi pada saya dan isteri dalam cabaran membesarkan dan mendidik anak. Percaya atau tidak, suka atau tidak, anak adalah cerminan ibu bapanya. Takut pabila memikirkannya, kerana andai kata kita sebagai ibubapa memberi contoh yang tidak elok maka ia akan jadi ikutan anak-anak. Anak-anak adalah ibarat sehelai kain putih, ibubapa yang akan mencoraknya samada menjadi nasrani, majusi atau kembali pada fitrah seorang muslim. Ayah tak putus mendoakan semoga kita sekeluarga sentiasa dipermudahkan dalam setiap urusan dan menjadi seorang yang muslim yang patuh dan tidak mensyirikkan Allah. Pada pemerhatian saya, anak-anak lazimnya akan meniru setiap perilaku ibubapanya. Sebagai contoh, apabila kita solat, memang sebijik ditiru oleh anak-anak ini, cuma iyelah mungkin duduk antara dua sujud tu tak berapa betul dan silang tangan ketika berdiri tu tak sempurna, maklumlah kanak-kanak. Selain itu, part makan sayur, memanglah kami suami isteri penggemar sayur-sayuran, makanya anak-anak kami pun turut gemar makan sayur sampai boleh makan peria tu mentah-mentah(kami buat peria tu ulam). Nah, terbukti bahawa anak-anak itu adalah cerminan ibubapanya. Maka dengan itu janganlah sesekali kita tunjuk tabiat buruk dihadapan anak-anak (peringatan untuk diri saya dan rakan-rakan). Selain dari itu, kite juga dapat memperbaiki akhlak kita atas desakan ini (memberi tauladan yang baik pada anak-anak).
Syukur Alahamdulillah, setelah hampir setahun saya mencari rumah dan pekerjaan baru, saya berjaya mencapai objecktif untuk bekerja di syarikat multi-nasional dan memiliki rumah sendiri untuk membesarkan dan mendidik anak-anak. Apa yang diharapkan adalah perkembangan karier saya sebagai "Oracle DBA" akan bertambah baik dengan pendedahan di syarikat baru, bekerja denagn orang di negara luar, bekerja dengan etika yang lebih profesional dan kaedah kerja yang lebih sistematik, bukannya stay-back dipejabat setiap hari dan mengabaikan tanggungjawab dirumah. Perlu diingat, kita masih ada kehidupan di luar sana selain daripada kerjaya kita di pejabat. Selain itu, diharapkan dengan kerjaya baru ini, saya dapat memberi tumpuan yang seimbang antara kerjaya dan keluarga. Terima kasih pada isteri kerana menjaga dan membesarkan anak-anak di rumah ketika saya di pejabat. Pengorbanan dan jasa yang sangat besar dari seorang isteri dan ibu dalam melahirkan umat manusia dan Islam dalam pembangunan sesebuah negara. Nampak kecil tapi sumbangan ibu ini amat besar nilainya di masa kini dan akan datang. Sesungguhnya pekerjaan semacam ini yang saya inginkan, namun Allah tidak terus memberinya, didatangkannya sedikit ujian sebelumnya sehinggalah saya menemukan syarikat yang PERLU untuk saya. Syukur Alhamdulillah. Allah tidak memberi apa yang kita mahu, tetapi Allah memberi apa yang kita perlukan. Sungguh luas nikmat dan rahmat Allah.
Pada rakan-rakan yang masih berjuang diluar sana seperti saya, ingatlah bahawa rezeki itu dan rezeki setiap dari makhluk Allah di muka bumi ini didalam kuasa Allah dan bukannya ditangan bos atau siapa-siapa, kerana bila mana Allah mengurniakan sesuatu itu, maka tiadalah yang dapat menghalangnya dan ia boleh diberikan pada siapa-siapa dan juga boleh ditarik daripada sesiapa pun. Saya ingin berkongsi sesuatu di sini dengan penuh rendah diri, mungkin rakan-rakan boleh menambah ibadah rakan-rakan dengan solat duha, ayat 7, surah-surah dalam Al-Quran terutama Surah Al-Waqiah, Ayat Seribu Dinar dan amalan asma ul-husna. Dalam kepayahan kita mengharungi cabaran hidup kita sehari-hari, inlah amalan yang saya amalkan untuk dipermudahkan segalan urusan, dilimpah kurniakan rezeki, ditambahkan nilai ketaqwaan dan dihindarkan dari fitnah atau ditindas sesama makhluk. Seharusnya, bukan hanya dengan membaca, tapi kita perlu memahami setiap makna dalam bacaan itu barulah kita akan dapat lebih khusyuk tatkala mengamalkannya dan mendekatkan diri pada pencipta kita. Ibaratnya ketika mengerjakan solat, seandainya kita tahu makna bacaan dalam solat, maka lebih mudah untuk kita khusyuk dan kesannya di luar solat sangatlah mengesankan. Rasanya, ini yang dapat saya kongsikan untuk rakan-rakan pada kali ini, mungkin rakan-rakan rasa perlu tegur sekiranya ada coretan ini dan perkongsian saya ini yang patut diperbetulkan. Saya terima setiap teguran yang membina insyaAllah....
Semoga kita terus dilindungi Allah dan mendapat keredhaan serta rahmat Allah sepanjang hidup kita dan dihindarkan dari fitnah Dajjal yang dilaknat...
4 ulasan:
ko memang akan update pada bulan Mei jer ker bro :P
hehe...bz bro... byk komitmen....
hehehe ohhh bulan 5 ko cuti sebulan yek hehehehe :P
Catat Ulasan