Lucu rasanya bila menatap dinding Facebook seseorang ni yang saban hari kerjanya mengutuk dan mengeji segala macam perkara tentang pemerintahnya. Tambah lucu bila bercakap tentang ketuhanan dan keagamaan dan dalam masa yang sama memaki hamun sesama manusia dengan perkataan SIAL bila orang tu tak setuju dengan pendapat ko dan ade pandangan berbeza. Sepertinya korang boleh berdebat la kalau tak sependapat, bukan dengan memaki hamun. Aku perhati je dari tepi.
Apa yang ko cuba nak buktikan sebenarnya?? Ko galakkan orang berdemo... cuba mengubah paradigma pengikut-pengikut ko supaya jangan racist, tapi ko tak sedar ke siapa bapak segala racist?? atau kau buat-buat tak sedar?? Ko kutuk uni aku, padahal kami graduan uni kami bukan sampah, we are somebody today yang contribute pada pembangunan negara. Apa yang ko sumbang pada negara??.. aku tak tahu lah. Pasal aku ialah jenis orang yang merasakan betapa kerdilnya sumbangan pada komuniti dan bukannya jenis orang yang asyik bertanyakan sumbangan komuniti pada kita.
Untuk kamu kepala segala demo ni, jangan pura-pura terkejut masa akan datang nanti bila anak-cucu ko pandai berdemo dirumah..mintak kebebasan dari mak bapak. Lepas tu bila mak bapak tanya balik, "siapa yang bagi korang makan minum selama ni?", mesti diorang jawab "Itu memang tanggungjawab mak dgn abah!" Dasar tak reti nak berterima kasih dan bersyukur.
Memang kita sedar dan tahu politik pemerintah tidak 100% bersih. Tapi dah lumrah dunia ni... Bukan senang nak tumpaskan yang atas tu... Memang sesuatu perubahan tu perlukan pengorbanan... Aku paham maksud ko, tapi perlu diingat, apa perasaan kita bila yg terkorban tu nanti adalah orang-orang yang kita sayang? Aku paling tak sokong cara-cara keganasan ni. Ko ingat senang ke hidup zaman darurat. Kita celik-celik mata memang dah merdeka. Kemudian ko mainkan pula isu komunis. Agaknya kalau nenek ko dulu kene rogol dengan komunis, mungkin ko takkan kata apa yang ko kata pada hari ni. Ya, datuk aku mati di zaman komunis kerana pada zaman itu komunis bunuh ketua-ketua kampung. Kenapa ketua kampung? Sebab.. bila tak ada ketua, maka anak buah ni akan kucar-kacir. Sama juga macam main catur, bila king check-mate, game over lah brader. Sebab tu sekarang ni dimainkan pula isu Raja Melayu. Seperti yang aku kata tadi, tujuannya sama.
Tambahan pulak dgn sikap kebanyakan orang-orang macam ko yang hanya berani bila ramai, bila sorang-sorang, semua habis kecut... Maka, majoriti orang-orang yg join demo bagai tu hanya disebabkan diorang dijanjikan kepentingan atau sekadar mengikut tanpa diri sendiri ada pegangan yg kukuh... Aku cakap berdasarkan pengalaman aku sendiri... kita perlu jelas dengan matlamat perjuangan kita dan bukannya ikut-ikutan...kalau kau ikut-ikutan, ibarat orang zaman jahiliah.....
Jadi, kalau ada sesiapa tak setuju dgn aku, anggap saja aku belum bernasib baik nak dipertemukan dengan insan-insan yang boleh ubah persepsi aku terhadap pemberontak @ pendemo ni...
Sebab pada hemat aku, sangat penting untuk buat sesuatu dengan akal, daripada buat berdasarkan hati dan perasaan...
Ni aku nak tanya pada orang-orang yg suka berdemo bagai nih...
Korang tak rasa ke perbuatan korang ni bodoh? Kalau ada yg tercedera masa korang buat huru-hara tu, korang rasa korang dapat pahala ke?
Dan pada ketua-ketua atasan yg anjurkan demo bagai ni, kenapa mesti nak timbulkan suasana kecoh... kalau kau betul rasa seseorang pemimpin tu korup, buat apa bazir duit atau hasut penyokong utk buat kecoh, buat ceramah yg menyemai perasaan dendam dan boleh memecah-belahkan umat Islam?
Kalau ikut islam, dapat pahala kalau kita bunuh pemimpin yg murtad, kan? (betulkan kalau aku silap)... Kalau ko rasa ko Islam sangat dan berjuang demi agama tercinta, kenapa tak pergi bunuh je pemimpin yang murtad sangat tu... Sekurang-kurangnya mati ko nanti dah gerenti mati syahid (itu pun kalau betul la pemimpin yg ko bunuh tu betul-betul murtad)...
Tapi kenapa ko tak nak buat macam tu?
SEBAB KALAU KO MATI, KO TAK MERASA LA NAK PEGANG JAWATAN YANG MEMBOLEHKAN KO MENGUMPUL KEMEWAHAN DUNIAWI, BETUL TAK? COZ.. HE ALSO LOOKING FOR SOMETHING AND END UP LIKE ANYTHING.....
*Sometimes..its not like what it seems...
Hmmm.. nak korbankan perangai memaki hamun dan menyumpah seranah orang pun susah..Dah berbagai orang nasihat.. ikut akhlak Rasulullah! Jangan hina makhluk Allah yang lain! Allah sahaja yang layak melaknat, sebab dia yang menjadikan!...tapi, ada orang dan puak-puak macam ko nak berhenti? takde kan?
Kepada orang-orang yang sering dimaki-hamun oleh puak-puak ni, mari kita muhasabah diri... jangan maki hamun orang.. berdosa.
Mungkin bagi diorang takpe...sebab, hanya mereka yang layak masuk syurga... nak buat macam mana.. kita tunggu saja lah di 'sana'...
Kepada orang-orang yang sering dimaki-hamun oleh puak-puak ni, mari kita muhasabah diri... jangan maki hamun orang.. berdosa.
Mungkin bagi diorang takpe...sebab, hanya mereka yang layak masuk syurga... nak buat macam mana.. kita tunggu saja lah di 'sana'...
* Kalau kau masih ketua angkatan pemuda keadilan daerah dengan perangai begini, dengan mulut longkang sama macam zaman sekolah dulu, kau takkan dapat undi golongan pemerhati seperti aku. Orang macam kau tak layak memimpin tangan-tangan kami....faham??
Semoga kita terus dilindungi Allah dan mendapat keredhaan serta rahmat Allah sepanjang hidup kita dan dihindarkan dari fitnah Dajjal yang dilaknat...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan