Jumaat, Mei 20, 2011

..:: KesunYiaN MencenGKaM ::..

Salam... dah lama sangat rasenya jari jemari ini tak meniti di permukaan papan kekunci untuk mencoret sesuatu.... catatan terakhir semasa arfan lahir..sekarang arfan sudah ada adik.... Alhamdulillah seperti yang diharapkan..kami dapat seorang putri.. syukur alhamdulillah... rezeki dari Mu Ya Allah tak pernah putus2..semoga kau limpah ruahkan rahmat ke atas keluarga kami ini.. lindungi kami dan hiasi kehidupan kami dengan kebahagiaan...dilimpah ruahkan rezeki dan diselamatkan dari aniaya manusia dan segalam macam jenis gangguan........

Setiap kali pulang kerja...rumah bergelap...selalu teasa "sengal" yang teramat...bile keseorangan begini... anak-anak dan isteri di kampung..berpantang... daku pun sentiasa sibuk di pejabat.. entah bile... entahlah bile projek dapat disiapkan.... daku dah letih..teramat letih ... demoralized... buat kerja tak habis2... pun begitu..dengan kehadiran pengurus projek yang baru, ia seakan menjanjikan sesuatu yang positif..insyaAllah dengan izin Allah semuanya akan sukses.... cuma itulah...pulang ke rumah..kesunyian teramat mencengkam....
Hati ini meronta-ronta mahu pulang ke kampung halaman bertemu keluarga, ibu dan mertua serta sanak saudara... rase nak bina rumah di sane...tapi daku nak kerja apa pula yea... hmmm sememangnya amat sukar untuk membuat pilihan..... daku rase masuk kali ini sudah 4 kali daku tak jadi membeli rumah... banyak juga wang yg sudah dibazirkan.... ya.. sangat sukar untuk membuat keputusan... nak beli di Selangor? atau JB? atau bina sahaja rumah idaman di tanah pusaka abah?? ... hmmm insyaAllah akan datang pada suatu hari nanti di mana daku akan tinggal di rumah sendiri... insyaAllah... nanti ibu, arfan dan arissa akan duduk di rumah sendiri.. insyaAllah.. tapi di mana tu belum tahu lagi..... mungkin selapas mendapat pekerjaan baru dan di tempat baru nanti.....semoga Allah memperkenankan doa kami sekeluarga dan terus melimpahkan rezeki dan rahmat nya ke atas keluarga kami..

Semoga kita terus dilindungi Allah dan mendapat keredhaan serta rahmat Allah sepanjang hidup kita dan dihindarkan dari fitnah Dajjal yang dilaknat...

1 ulasan:

Zaza berkata...

salam fren...hidup ini memang banyak persoalan dan dugaan. Bersabarlah.. Buat sesuatu yang disukai, untuk lupakan seketika beban kerja. Atau sentiasa fikir bahawa kita penat bekerja, nanti hujung minggu boleh tengok anak-anak. jadi tak mengapalah penat tu, asalkan masa bersama anak2 nanti tak terganggu. Apa2 pun all the best, jgn putus harapan....:)

ESPNsoccernet

"CeRpen SiTe"