Khamis, Januari 31, 2008

" Aku, Kau dan ....STRESS "

Jika kita renungkan hari-hari ini dan juga yang sezaman dengannya, terdapat ramai insan-insan di Malaysia ni yang mengalami tekanan perasaan, emosi, jiwa dan yang sewaktu dengannya. Antara sedar atau pun tidak, masalah kekacauan perasaan ataupun lebih dikenali sebagai 'jiwa kacau' ini berpunca dari persekitaran kite jugak lah sebenarnya, sebab itu barulah namanya 'kehidupan'. Seharusnya kite perlu lah ade falsafah yang kite pegang untuk menangani setiap permasalahan yang kite hadapai dalam kehidupan kita seharian. Dalam pada itu, aku juga sama seperti kamu semua tidak terlepas dari menghadapi cabaran dan dugaan dalam hidup ini yang terkadang memaksa kita untuk bertindak luar biasa juga menguji ketahanan fizikal serta mental secara amnya. Punca utama penyakit 'jiwa kacau' ini adalah disebabkan oleh STRESS yang kita hadapi saban hari. Jadi, marilah kita sama-sama mengenali apakah itu STRESS dan bagaimanakah cara mengatasinya (bergantung pada kesesuaian jugak sebenarnya ok)??

STRESS
======
Stress adalah tekanan yang wujud hasil tindak balas antara persekitaran kerja, beban kandungan kerja, keadaan organisasi, keupayaan pekerja, faktor sosio budaya dan faktor peribadi. Tindakbalas yang negatif akan mengakibatkan gangguan emosi, masalah tingkah laku, perubahan biokimia dan hormon. Keadaan ini menambahkan lagi risiko penyakit mental dan fizikal.

PUNCA-PUNCA STRES

Punca-punca stres yang utama amat berkait rapat dengan personaliti itu sendiri. Stres disebabkan oleh masalah kesihatan yang dihadapi oleh individu, masalah kewangan, masalah di tempat kerja sama ada dengan rakan sekerja atau pengurusan, bebanan kerja, konflik dan masalah dengan keluarga. Selain itu, stres juga berpunca dari :

1. Pertentangan nilai moral dan etika di antara sikap manusia atau rakan sekerja.
2. Masalah komunikasi yang tidak berkesan samada dengan ahli keluarga atau rakan sekerja.
3. Perubahan dalam bidang sains dan teknologi kerja seharian seperti penggunaan peralatan moden tetapi tidak didedahkan kepada pekerja.
4. Kurang latihan yang sesuai dengan kerja akan mewujudkan jurang antara pekerja yang berpengalaman dan berkelayakan.
5. Sistem pengurusan kerja yang tidak berkesan.
6. Kurangnya kawalan keselamatan kerja
7. Kurangnya penghargaan dari organisasi dan peluang bagi menonjolkan potensi diri.
8. Tempat kerja yang bising, merbahaya tidak teratur dan sesak.



LANGKAH-LANGKAH MENGATASI STRES

Langkah-langkah bagi mengatasi stres ialah dengan menyelesaikan masalah yang menjadi punca kepada stres.

1. Di tempat kerja
* Mengendalikan masa dengan bijak dan mengutamakan kerja yang lebih penting.
* Sentiasa bersikap terbuka, bertolak ansur, merancang perubahan yang berlaku secara teratur dan bersedia untuk belajar.
* Meluahkan pendapat secara tepat, tegas, sopan dan jelas serta menghormati pandangan rakan sekerja.

2. Di rumah atau bersama keluarga.
* Amalkan sikap tolong-menolong antara satu sama lain dalam melakukan kerja rumah
* Bersedia mendengar masalah yang dihadapi oleh ahli keluaraga serta membantu mereka mencari jalan penyelesaiannya.
* Tidak membawa kerja pejabat balik ke rumah.
* Meluangkan lebih masa bersama keluarga dan membawa mereka bersiar-siar pada hujung minggu.

3. Merancang kewangan
* Elakkan berhutang agar ia tidak menjadi bebanan untuk membayar balik.
* Rancang kewangan dan perbelanjaan dengan teliti dan mengutamakan keperluan yang lebih penting.
* Jika pendapatan masih tidak cukup, cari peluang kerja untuk mendapatkan pendapatan sampingan.

4. Mengekalkan tahap kesihatan
* Jauhi pengambilan alkohol, rokok dan dadah.
* Sentiasa berjumpa doktor jika mengalami gangguan kesihatan.

Jumaat, Januari 18, 2008

"Kenapa ehhh??? "

Kenapa eh??? Kenapa bila aku breakfast, aku jadi makin lapar before lunch hour?? siap menggigil2 tu, tapi bile tak breakfast..ok jek... Lagi kalau puasa, mcm tak rase apa pun, so apa nak buat ek?? Puase tiap2 hari?? Atau kalu tak puase, ade ke method lain nak solve masalah lapor before lunch hour sampai tahap menggigil??? erkkkkk....
Tapi kalu tak makan mmg la lapor, selalu aku tgk kalu org pompuan, mesti ade mcm2 makanan atas meja diorg seperti biskut2, kekacang, coklat, buah epal pun ada... means diorg tak mkn byk, tapi kerap la kot.... maybe cara diorg ni bole dipraktikkan.... so nanti meja aku jadi cam meriah gitu kan?? Ni aku baru terjumpa makanan punya 'architecture' hehehehe.... teringat dulu mase subjek penampilan diri kat matrix, kene buat makan cenggini, ikut protokol, pastu bila kat uitm plak, kawan2 yang budak2 'hot cat' (hotel & catering) kalu tak silap la, diorg ni selalu jemput aku makan utk subjek diorg la, so kira aku ni jadi guest, padahal makan jek, take 2 hours tu, mak datok, sebab dia serve one by one, mmg ikut protokol btul la...so aku pun kengkononnya ikut la protokol, tapi selalunya aku main bantai jek..hehehe... rumit gak sebenarnya nk mkn cenggini kalu tak biase, tp aku tgk org yg mmg hari2 ikut protokol tu, no problem jek... So, untuk mereka2 yg tak tau tu, nie aku share la architecture makan ni utk korang & aku skali, sbb aku pun tak berapa tau pasal nie...
check it out !!!!

Jumaat, Januari 04, 2008

Diharap korang jgn wat camni yekk... tadi aku pi solat jumaat kat Menara Telekom, naik LRT pi Kerinchi Station. Pastu jalan la kaki menuju Menara Telekom, kat sini aku selalu gak terserempak dengan 'ABANG' Wahab and Shameer pun ade gak aku terjumpa. So terus la wuduk, solat sunat n iktikaf, pastu masuk waktu n dengar la khutbah, so topik utk hari ni khutbah tu citer la pasal tahun baru, semakin meningkat usia kite, adakah kite semakin baik dari segi ekonomi, sosial dan hubungan kekeluargaan kite?? Time tgh khusyuk dgr khutbah tu kan.. tetiba terdengar bunyik "kroohhh...kroohhh...kroohhh..." dari arah belakang.... kuat gile bunyi tu sampai jemaah yg tertidur pun bole terjaga beb.. sekali aku toleh, rupanya ade org berdengkur... kuat gile bunyi, mungkin letih sgt agaknya kot, sian dia, pastu cam hampir semua org toleh kat dia pastu senyum2 kambing.. mm mmg terganggu la kekhusyukkan org2 yg tgh dengar khutbah tu..dalam 10 minit pastu dh xdengar dah...

So, moral of da story, cuba2lah utk tidak tidur ketika khutbah. Aku ni bukan baik pun, juz nak ingatkan kat diri aku n kawan2 aku sekalian.. lebih2 lagi pada mereka2 yang ada masalah dengkur, elakkan diri anda tidur ketika khutbah, kelak nanti anda akan jadi bahan jenaka disamping anda juga mengganggu kosentrasi jemaah lain.. Sekian, Wassalam...

p/s: jangan lupe pesan kat kawan2 kite yang tak baca coretan aku nih..

Khamis, Disember 27, 2007

"KeNDuRi KawiN ZaRuL"


so pda tanggal 25 Disember 07, adib, azril, azmi, and azrizal serta awex dia pi la kenduri si zarul kat bandar bharu, kedah....mak ai jauh gile... haha tapi lagi jauh pi balik kg aku beb... so kitorg siap2 la pagi tu, target nk gerak cepat bagai..tp biase la..aku gak yang spoil...buat2 malas nk bgn..hehe.. kepala aku cam pening.. maklum la b4 dis aku an kije shift malam.. tetibe nk kene bangun pagi lak kan.. so.. azrizal pi amik aweks dia dulu, sambil tu aku bersiap n turun, tapi xsempat turun azrizal dh naik atas panggil kitorg turun.

Time tengah turun tu aku baru teringat aku lum mkn ubat... so aku pi la kat kete aku amik ubat n menuju ke kete azrizal. Hmm.. kete baru nie, Gen2 baru..kaler silver cam persona tu... kitorg naik kete rizal ni sebab kete aku xtuka timing belt lg, almaklum la nak tuka pun gile mahal alakian harganya 800 siap servis... gile apa... so naik la kete yg baru tu, so b4 meneruskan perjalanan, kitorg singgah petronas isi minyak... sambil minum2 air mineral... so start la jalan masuk highway dari NKVE n masuk jalan pegi ipoh. Tapi sepanjang perjalanan tu housemate2 aku ni kepoh bertanya, "nape xsampai lagi eh?? Zarul kata 2 jam jek". Pastu aku pun balas "tu 2 jam lebih kalau dia yg drive, kalu kite xdapat la 2 jam lebih beb". So after 3 hours, kitorang pun sampai tol Bandar Bharu. Pastu Rizal bole tanya..eh..tol 'Jelapang' mana?? apa daa.. tol Jelapang kan dh lepas.. tu plaza tol legend sbb dh meragut nyawa lebih 7 keturunan manusia..hehe, so aku la yg guide jalan sebab aku dh penah pegi, rupa2nya kat junction tu ade siap banner da nama si zarul n si aizul(abg zarul). Pastu ade gak tersesat2 tp jupe gak la sebab umah dia nie xla jauh mana dari tol tu....

Sampai kat sana aku pun bersalam2 la dgn mak si zarul, mak dia cam kaget n ckp "terima kasih no" aku pun senyum jek.. terus dapat goodie bag pengantin tu satu, pastu aku perkenalkan la housemate2 lain, n semua dpt goodie bag n bunga telur tu termasuk awex si rizal. Mak zarul kata pengantin sampai kul 1 nanti, aku tgk jam baru 12.30, so mkn la dulu. Family dia sume pakai baju hijau tu, aku cakap "yang x kawin pun kene tempah baju baru nie" so lepas mkn2 kitorg lepak2 bawah pokok cempedak sambil menanti ketibaan pengantin.

So dalam kul 1.15 gitu pengantin sampai. 2 couple gitu, zarul pakai serba hijau n abg dia serba kuning. Sambil adik si zarul jd deejay kehormat utk hari itu. Dan berdendang la lagu wajib utk hari perkahwinan "kompang di palu, pengantin baru, duduk bersanding....terssimpuh malu, kami doakan agar berkekalan, selamat sejahtera hingga akhir zaman..." pastu acara 'tepung tawar' so dijemputla mak ayah pengatin utk memulakan upacara pastu diteruskan dengan mak2 sedara diorg.. tapi tetiba DJ panggil, "kepada Mohd Adib, ada tak Mohd Adib?? dijemput utk tepung tawar" ahh sudah ..pehal nama aku lakk,, ke salah org, tp bila DJ dh pandang aku tu maknanya mmg aku la.. nasib aku ade pengalaman sket2, so belasah jek la .. aku pun pegi kat depan pelamin.. nak capai bunga rampai, tapi apa kes bunga rampai dh hbs...tp aku wat2 ade jekla.. n bile rejis air mawar, air mawar tu xkuar daa... apa kess??? ahh...lantak la sebat jekk. Pastu aku jabat tangan dgn pengantin2 lelaki n dapat sekuntum bunga telur yang special edition sebagai hadiah tepung tawar... pastu disusuli dgn kawan2 yg lain..tp diorg salam jek la... zarul suruh tunggu, tapi diorg nk balik.. so decisionnya kene la balik, ikut kata pengundi2..

So kitorg pun balik, balik tu aku yang drive..agak jem... dekat kul 6 baru kitorg sampai umah... kiranya selamat merentasi tol 'Jelapang' tu, hehe..nampak perangkap pasir dekat situ n diorg tgh wat plaza tol baru yg jauh sket dari terowong utk mengelakkan tragedi menghapus keturunan berlaku lagi...

so, SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA AZARUL & AIZUL.... haa...korang bile lagi weii?? hehe..

ESPNsoccernet

"CeRpen SiTe"