Khamis, Januari 31, 2008

" Aku, Kau dan ....STRESS "

Jika kita renungkan hari-hari ini dan juga yang sezaman dengannya, terdapat ramai insan-insan di Malaysia ni yang mengalami tekanan perasaan, emosi, jiwa dan yang sewaktu dengannya. Antara sedar atau pun tidak, masalah kekacauan perasaan ataupun lebih dikenali sebagai 'jiwa kacau' ini berpunca dari persekitaran kite jugak lah sebenarnya, sebab itu barulah namanya 'kehidupan'. Seharusnya kite perlu lah ade falsafah yang kite pegang untuk menangani setiap permasalahan yang kite hadapai dalam kehidupan kita seharian. Dalam pada itu, aku juga sama seperti kamu semua tidak terlepas dari menghadapi cabaran dan dugaan dalam hidup ini yang terkadang memaksa kita untuk bertindak luar biasa juga menguji ketahanan fizikal serta mental secara amnya. Punca utama penyakit 'jiwa kacau' ini adalah disebabkan oleh STRESS yang kita hadapi saban hari. Jadi, marilah kita sama-sama mengenali apakah itu STRESS dan bagaimanakah cara mengatasinya (bergantung pada kesesuaian jugak sebenarnya ok)??

STRESS
======
Stress adalah tekanan yang wujud hasil tindak balas antara persekitaran kerja, beban kandungan kerja, keadaan organisasi, keupayaan pekerja, faktor sosio budaya dan faktor peribadi. Tindakbalas yang negatif akan mengakibatkan gangguan emosi, masalah tingkah laku, perubahan biokimia dan hormon. Keadaan ini menambahkan lagi risiko penyakit mental dan fizikal.

PUNCA-PUNCA STRES

Punca-punca stres yang utama amat berkait rapat dengan personaliti itu sendiri. Stres disebabkan oleh masalah kesihatan yang dihadapi oleh individu, masalah kewangan, masalah di tempat kerja sama ada dengan rakan sekerja atau pengurusan, bebanan kerja, konflik dan masalah dengan keluarga. Selain itu, stres juga berpunca dari :

1. Pertentangan nilai moral dan etika di antara sikap manusia atau rakan sekerja.
2. Masalah komunikasi yang tidak berkesan samada dengan ahli keluarga atau rakan sekerja.
3. Perubahan dalam bidang sains dan teknologi kerja seharian seperti penggunaan peralatan moden tetapi tidak didedahkan kepada pekerja.
4. Kurang latihan yang sesuai dengan kerja akan mewujudkan jurang antara pekerja yang berpengalaman dan berkelayakan.
5. Sistem pengurusan kerja yang tidak berkesan.
6. Kurangnya kawalan keselamatan kerja
7. Kurangnya penghargaan dari organisasi dan peluang bagi menonjolkan potensi diri.
8. Tempat kerja yang bising, merbahaya tidak teratur dan sesak.



LANGKAH-LANGKAH MENGATASI STRES

Langkah-langkah bagi mengatasi stres ialah dengan menyelesaikan masalah yang menjadi punca kepada stres.

1. Di tempat kerja
* Mengendalikan masa dengan bijak dan mengutamakan kerja yang lebih penting.
* Sentiasa bersikap terbuka, bertolak ansur, merancang perubahan yang berlaku secara teratur dan bersedia untuk belajar.
* Meluahkan pendapat secara tepat, tegas, sopan dan jelas serta menghormati pandangan rakan sekerja.

2. Di rumah atau bersama keluarga.
* Amalkan sikap tolong-menolong antara satu sama lain dalam melakukan kerja rumah
* Bersedia mendengar masalah yang dihadapi oleh ahli keluaraga serta membantu mereka mencari jalan penyelesaiannya.
* Tidak membawa kerja pejabat balik ke rumah.
* Meluangkan lebih masa bersama keluarga dan membawa mereka bersiar-siar pada hujung minggu.

3. Merancang kewangan
* Elakkan berhutang agar ia tidak menjadi bebanan untuk membayar balik.
* Rancang kewangan dan perbelanjaan dengan teliti dan mengutamakan keperluan yang lebih penting.
* Jika pendapatan masih tidak cukup, cari peluang kerja untuk mendapatkan pendapatan sampingan.

4. Mengekalkan tahap kesihatan
* Jauhi pengambilan alkohol, rokok dan dadah.
* Sentiasa berjumpa doktor jika mengalami gangguan kesihatan.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

assalamuailaikum...

bagus juga adib munis apa yang terbuku dihati sekurang2 dapat hilangkan stress dan org lain boleh baca cerita adib masa orang lain tgh boring...

ESPNsoccernet

"CeRpen SiTe"