Jumaat, Januari 04, 2008

Diharap korang jgn wat camni yekk... tadi aku pi solat jumaat kat Menara Telekom, naik LRT pi Kerinchi Station. Pastu jalan la kaki menuju Menara Telekom, kat sini aku selalu gak terserempak dengan 'ABANG' Wahab and Shameer pun ade gak aku terjumpa. So terus la wuduk, solat sunat n iktikaf, pastu masuk waktu n dengar la khutbah, so topik utk hari ni khutbah tu citer la pasal tahun baru, semakin meningkat usia kite, adakah kite semakin baik dari segi ekonomi, sosial dan hubungan kekeluargaan kite?? Time tgh khusyuk dgr khutbah tu kan.. tetiba terdengar bunyik "kroohhh...kroohhh...kroohhh..." dari arah belakang.... kuat gile bunyi tu sampai jemaah yg tertidur pun bole terjaga beb.. sekali aku toleh, rupanya ade org berdengkur... kuat gile bunyi, mungkin letih sgt agaknya kot, sian dia, pastu cam hampir semua org toleh kat dia pastu senyum2 kambing.. mm mmg terganggu la kekhusyukkan org2 yg tgh dengar khutbah tu..dalam 10 minit pastu dh xdengar dah...

So, moral of da story, cuba2lah utk tidak tidur ketika khutbah. Aku ni bukan baik pun, juz nak ingatkan kat diri aku n kawan2 aku sekalian.. lebih2 lagi pada mereka2 yang ada masalah dengkur, elakkan diri anda tidur ketika khutbah, kelak nanti anda akan jadi bahan jenaka disamping anda juga mengganggu kosentrasi jemaah lain.. Sekian, Wassalam...

p/s: jangan lupe pesan kat kawan2 kite yang tak baca coretan aku nih..

Tiada ulasan:

ESPNsoccernet

"CeRpen SiTe"