Khamis, Mei 31, 2012

..:: Lumrah Manusia ::..



Lucu rasanya bila menatap dinding Facebook seseorang ni yang saban hari kerjanya mengutuk dan mengeji segala macam perkara tentang pemerintahnya. Tambah lucu bila bercakap tentang ketuhanan dan keagamaan dan dalam masa yang sama memaki hamun sesama manusia dengan perkataan SIAL bila orang tu tak setuju dengan pendapat ko dan ade pandangan berbeza. Sepertinya korang boleh berdebat la kalau tak sependapat, bukan dengan memaki hamun. Aku perhati je dari tepi. 

Apa yang ko cuba nak buktikan sebenarnya?? Ko galakkan orang berdemo... cuba mengubah paradigma pengikut-pengikut ko supaya jangan racist, tapi ko tak sedar ke siapa bapak segala racist?? atau kau buat-buat tak sedar?? Ko kutuk uni aku, padahal kami graduan uni kami bukan sampah, we are somebody today yang contribute pada pembangunan negara. Apa yang ko sumbang pada negara??.. aku tak tahu lah. Pasal aku ialah jenis orang yang merasakan betapa kerdilnya sumbangan pada komuniti dan bukannya jenis orang yang asyik bertanyakan sumbangan komuniti pada kita.

Untuk kamu kepala segala demo ni, jangan pura-pura terkejut masa akan datang nanti bila anak-cucu ko pandai berdemo dirumah..mintak kebebasan dari mak bapak. Lepas tu bila mak bapak tanya balik, "siapa yang bagi korang makan minum selama ni?", mesti diorang jawab "Itu memang tanggungjawab mak dgn abah!" Dasar tak reti nak berterima kasih dan bersyukur.

Memang kita sedar dan tahu politik pemerintah tidak 100% bersih. Tapi dah lumrah dunia ni... Bukan senang nak tumpaskan yang atas tu... Memang sesuatu perubahan tu perlukan pengorbanan... Aku paham maksud ko, tapi perlu diingat, apa perasaan kita bila yg terkorban tu nanti adalah orang-orang yang kita sayang? Aku paling tak sokong cara-cara keganasan ni. Ko ingat senang ke hidup zaman darurat. Kita celik-celik mata memang dah merdeka. Kemudian ko mainkan pula isu komunis. Agaknya kalau nenek ko dulu kene rogol dengan komunis, mungkin ko takkan kata apa yang ko kata pada hari ni. Ya, datuk aku mati di zaman komunis kerana pada zaman itu komunis bunuh ketua-ketua kampung. Kenapa ketua kampung? Sebab.. bila tak ada ketua, maka anak buah ni akan kucar-kacir. Sama juga macam main catur, bila king check-mate, game over lah brader. Sebab tu sekarang ni dimainkan pula isu  Raja Melayu. Seperti yang aku kata tadi, tujuannya sama.

Tambahan pulak dgn sikap kebanyakan orang-orang macam ko yang hanya berani bila ramai, bila sorang-sorang, semua habis kecut... Maka, majoriti orang-orang yg join demo bagai tu hanya disebabkan diorang dijanjikan kepentingan atau sekadar mengikut tanpa diri sendiri ada pegangan yg kukuh... Aku cakap berdasarkan pengalaman aku sendiri... kita perlu jelas dengan matlamat perjuangan kita dan bukannya ikut-ikutan...kalau kau ikut-ikutan, ibarat orang zaman jahiliah..... 

Jadi, kalau ada sesiapa tak setuju dgn aku, anggap saja aku belum bernasib baik nak dipertemukan dengan insan-insan yang boleh ubah persepsi aku terhadap pemberontak @ pendemo ni...

Sebab pada hemat aku, sangat penting untuk buat sesuatu dengan akal, daripada buat berdasarkan hati dan perasaan... 

Ni aku nak tanya pada orang-orang yg suka berdemo bagai nih... 
Korang tak rasa ke perbuatan korang ni bodoh? Kalau ada yg tercedera masa korang buat huru-hara tu, korang rasa korang dapat pahala ke? 

Dan pada ketua-ketua atasan yg anjurkan demo bagai ni, kenapa mesti nak timbulkan suasana kecoh... kalau kau betul rasa seseorang pemimpin tu korup, buat apa bazir duit atau hasut penyokong utk buat kecoh, buat ceramah yg menyemai perasaan dendam dan boleh memecah-belahkan umat Islam? 

Kalau ikut islam, dapat pahala kalau kita bunuh pemimpin yg murtad, kan? (betulkan kalau aku silap)... Kalau ko rasa ko Islam sangat dan berjuang demi agama tercinta, kenapa tak pergi bunuh je pemimpin yang murtad sangat tu... Sekurang-kurangnya mati ko nanti dah gerenti mati syahid (itu pun kalau betul la pemimpin yg ko bunuh tu betul-betul murtad)... 

Tapi kenapa ko tak nak buat macam tu? 
SEBAB KALAU KO MATI, KO TAK MERASA LA NAK PEGANG JAWATAN YANG MEMBOLEHKAN KO MENGUMPUL KEMEWAHAN DUNIAWI, BETUL TAK? COZ.. HE ALSO LOOKING FOR SOMETHING AND END UP LIKE ANYTHING.....

*Sometimes..its not like what it seems...

Hmmm.. nak korbankan perangai memaki hamun dan menyumpah seranah orang pun susah..Dah berbagai orang nasihat.. ikut akhlak Rasulullah! Jangan hina makhluk Allah yang lain! Allah sahaja yang layak melaknat, sebab dia yang menjadikan!...tapi, ada orang dan puak-puak macam ko nak berhenti? takde kan?



Kepada orang-orang yang sering dimaki-hamun oleh puak-puak ni, mari kita muhasabah diri... jangan maki hamun orang.. berdosa.
Mungkin bagi diorang takpe...sebab, hanya mereka yang layak masuk syurga... nak buat macam mana.. kita tunggu saja lah di 'sana'...

* Kalau kau masih ketua angkatan pemuda keadilan daerah dengan perangai begini, dengan mulut longkang sama macam zaman sekolah dulu, kau takkan dapat undi golongan pemerhati seperti aku. Orang macam kau tak layak memimpin tangan-tangan kami....faham??

Semoga kita terus dilindungi Allah dan mendapat keredhaan serta rahmat Allah sepanjang hidup kita dan dihindarkan dari fitnah Dajjal yang dilaknat...

Rabu, Mei 30, 2012

..:: SYUKUR ::..

As-Salam... Ya kite wajib bersyukur atas kurniaan Allah pada kita. Atas apa jua yg kita peroleh, udara yang kita sedut, makanan yang kita makan, pemandangan yang kita lihat, nikmat akal, nikmat kesihatan, nikmat roh yang menunjangi diri kita dan yang paling penting ialah rahmat Allah yang tidak terhingga. Perlu diingat, Allah tidak memberi apa yang kita mahu, tetapi Allah memberi apa yang kita perlukan. 



Dewasa ini, kita banyak disajikan dengan drama-drama politik tanah air, saya tidak mahu menyentuh tentang politik, yang penting kita jangan taksub, baca dari kedua pihak, timbang dengan adil dan percayalah bahawa tiada yang maksum selain junjungan kita Rasulullah S.A.W. Adalah tersangat indah kiranya Islam itu makmur dan semakin subur di bumi tercinta ini. Bersyukur dengan apa yang Allah beri pada kita, sentiasa berusaha untuk jadi lebih baik setiap hari dan kekalkan keamanan yang ada. Saya sangat berharap negara kita menjadi sebuah negara yang lebih aman, yang menyuburkan Islam dan ummat Islam yang bersatu di bawah agama bukannya bersatu di bawah parti politik dan meminggirkan agama.

Syukur Alhamdulillah saya sudah punya sepasang cahayamata, sesungguhnya salah satu daripada nikmat Allah yang tidak terhingga. Saban hari pulang dari kerja melayan keletah anak-anak yang sedang membesar dan chumell tentunya mendatangkan satu perasaan puas yang tak bisa digambarkan. Tidak terlepas juga kadang-kadang bila anak buat hal, memanglah agak stress kadang-kadang, tapi lumrah kanak-kanak memanglah begitu. Semoga Allah memberi kesabaran yang tinggi pada saya dan isteri dalam cabaran membesarkan dan mendidik anak. Percaya atau tidak, suka atau tidak, anak adalah cerminan ibu bapanya. Takut pabila memikirkannya, kerana andai kata kita sebagai ibubapa memberi contoh yang tidak elok maka ia akan jadi ikutan anak-anak. Anak-anak adalah ibarat sehelai kain putih, ibubapa yang akan mencoraknya samada menjadi nasrani, majusi atau kembali pada fitrah seorang muslim. Ayah tak putus mendoakan semoga kita sekeluarga sentiasa dipermudahkan dalam setiap urusan dan menjadi seorang yang muslim yang patuh dan tidak mensyirikkan Allah. Pada pemerhatian saya, anak-anak lazimnya akan meniru setiap perilaku ibubapanya. Sebagai contoh, apabila kita solat, memang sebijik ditiru oleh anak-anak ini, cuma iyelah mungkin duduk antara dua sujud tu tak berapa betul dan silang tangan ketika berdiri tu tak sempurna, maklumlah kanak-kanak. Selain itu, part makan sayur, memanglah kami suami isteri penggemar sayur-sayuran, makanya anak-anak kami pun turut gemar makan sayur sampai boleh makan peria tu mentah-mentah(kami buat peria tu ulam). Nah, terbukti bahawa anak-anak itu adalah cerminan ibubapanya. Maka dengan itu janganlah sesekali kita tunjuk tabiat buruk dihadapan anak-anak (peringatan untuk diri saya dan rakan-rakan). Selain dari itu, kite juga dapat memperbaiki akhlak kita atas desakan ini (memberi tauladan yang baik pada anak-anak). 

Syukur Alahamdulillah, setelah hampir setahun saya mencari rumah dan pekerjaan baru, saya berjaya mencapai objecktif untuk bekerja di syarikat multi-nasional dan memiliki rumah sendiri untuk membesarkan dan mendidik anak-anak. Apa yang diharapkan adalah perkembangan karier saya sebagai "Oracle DBA" akan bertambah baik dengan pendedahan di syarikat baru, bekerja denagn orang di negara luar, bekerja dengan etika yang lebih profesional dan kaedah kerja yang lebih sistematik, bukannya stay-back dipejabat setiap hari dan mengabaikan tanggungjawab dirumah. Perlu diingat, kita masih ada kehidupan di luar sana selain daripada kerjaya kita di pejabat. Selain itu, diharapkan dengan kerjaya baru ini, saya dapat memberi tumpuan yang seimbang antara kerjaya dan keluarga. Terima kasih pada isteri kerana menjaga dan membesarkan anak-anak di rumah ketika saya di pejabat. Pengorbanan dan jasa yang sangat besar dari seorang isteri dan ibu dalam melahirkan umat manusia dan Islam dalam pembangunan sesebuah negara. Nampak kecil tapi sumbangan ibu ini amat besar nilainya di masa kini dan akan datang. Sesungguhnya pekerjaan semacam ini yang saya inginkan, namun Allah tidak terus memberinya, didatangkannya sedikit ujian sebelumnya sehinggalah saya menemukan syarikat yang PERLU untuk saya. Syukur Alhamdulillah. Allah tidak memberi apa yang kita mahu, tetapi Allah memberi apa yang kita perlukan. Sungguh luas nikmat dan rahmat Allah.

Pada rakan-rakan yang masih berjuang diluar sana seperti saya, ingatlah bahawa rezeki itu dan rezeki setiap dari makhluk Allah di muka bumi ini didalam kuasa Allah dan bukannya ditangan bos atau siapa-siapa, kerana bila mana Allah mengurniakan sesuatu itu, maka tiadalah yang dapat menghalangnya dan ia boleh diberikan pada siapa-siapa dan juga boleh ditarik daripada sesiapa pun. Saya ingin berkongsi sesuatu di sini dengan penuh rendah diri, mungkin rakan-rakan boleh menambah ibadah rakan-rakan dengan solat duha, ayat 7, surah-surah dalam Al-Quran terutama Surah Al-Waqiah, Ayat Seribu Dinar dan amalan asma ul-husna. Dalam kepayahan kita mengharungi cabaran hidup kita sehari-hari, inlah amalan yang saya amalkan untuk dipermudahkan segalan urusan, dilimpah kurniakan rezeki, ditambahkan nilai ketaqwaan dan dihindarkan dari fitnah atau ditindas sesama makhluk. Seharusnya, bukan hanya dengan membaca, tapi kita perlu memahami setiap makna dalam bacaan itu barulah kita akan dapat lebih khusyuk tatkala mengamalkannya dan mendekatkan diri pada pencipta kita. Ibaratnya ketika mengerjakan solat, seandainya kita tahu makna bacaan dalam solat, maka lebih mudah untuk kita khusyuk dan kesannya di luar solat sangatlah mengesankan. Rasanya, ini yang dapat saya kongsikan untuk rakan-rakan pada kali ini, mungkin rakan-rakan rasa perlu tegur sekiranya ada coretan ini dan perkongsian saya ini yang patut diperbetulkan. Saya terima setiap teguran yang membina insyaAllah....

Semoga kita terus dilindungi Allah dan mendapat keredhaan serta rahmat Allah sepanjang hidup kita dan dihindarkan dari fitnah Dajjal yang dilaknat...

ESPNsoccernet

"CeRpen SiTe"