Khamis, Februari 18, 2010

..:: OutSpoken ::..


Lazimnya bila ada meeting or diskusi untuk memantapkan kumpulan, orang-orang sekeliling kita termasuk superior kita akan kata "luahkan segalanya untuk kita kenal pasti punca masalah". Tapi hakikatnya tak....sebab tak semua orang dapat terima apa yang kita katakan...lagi-lagi kalau apa yang kite sebut tu terkena kat batang hidung dia la kan... pastu mula la muka nak merah padam. Lepas tu mula la nak guna balik ayat tu untuk sindir-sindir kita di kemudian hari. Perghhh...panas beb..serius

Sebab tu, kite kene beringat sebelum ucap apa-apa, "fikir dahulu sebelum sebut". Yelah, manusia ni sebenarnya banyak jek hipokritnya... cakap je "open", "saya tak kesah" tapi sebenarnya dia simpan dan lama-lama benda tu jadi barah yang akan merosakkan jalinan sesama insan di masa akan datang. Sebenarnya tak salah untuk "outspoken" bila mana hati kita betul-betul ikhlas mencari penyelesaian dan kata putus. Tapi akan jadi masalah besar bile kita cakap dan orang lain tak boleh terima apa yang kita cakap sebab kene tempiasnya pada dia. Yang lebih haru bila, apa yang kita sebut tu mempengaruhi kenaikan gaji atau bonus kita sebab boss sudah touching sama kita. Yelah kan...sebab boss tu tak open, walhal dia yang kengkononnya bagi "gree light". Penghabisnya, dia yang terasa bagai.

Sebenarnya berterus-terang ni amat2 bagus kalau kedua pihak memenag ada matlamat nak capai persetujuan atau selesaikan pertelingkahan dan nak setel face to face. Memang sangat mudah sebab segala kekusutan dapat dileraikan dengan mudah. Serius, memang amat mudah. Pernah terjadi pada diriku ini. Cerita bermula bila ada seorang hamba Allah ini (seorang wanita) yang kononya kenal akan diriku. Dia ni buatlah cerita kononya aku ada cakap pada dia yang bekas suaminya diberhentikan kerja sebab mencuri komputer di tempat kerja. Cerita bohong ini diceritakan pada bekas mertuanya. Maka,bekas suami pembohong ini pun sudah call sama saya untuk clarify this story dan sudah tentulah aku menafikan sekeras-kerasnya sebab aku tak tahu menahu pun. Lepas tu aku bagitahu dia aku akan jumpa bapak dia untuk cerita duduk perkara sebenar. Dan bila aku balik kampung tu aku jumpalah dengan ayahandanya dan terangkan segalanya serta aku pun dengar cerita dari pihak dia. Hasilnya, cerita bohong dari pembohong ni dapat dirungkai. Nampak begitu mudah kan? So, si pembohong ni pun kantoi la kan. Haa...padan muka ko..jahat sangat..

Namun begitu, permasalahan masyarakat kita pada hari ini ialah ramai yang memilih untuk simpan dalam. Sampai benda tu bernanah, kudis dan berdarah pun tak nak selesaikan jugak. Lebih rela cakap belakang katanya. Yelah, ada jugak sebab yang lain... mungkin sebab orang tu superior kita, dan kita salah cakap...dah tentu periuk nasik kita pun boleh tergolek, ye tak? So, fikir-fikirkan lah ye, mana jalan yang terbaik patut kita selesaikan benda-benda macam ni.

Semoga kita terus dilindungi Allah dan mendapat keredhaan serta rahmat Allah sepanjang hidup kita dan dihindarkan dari fitnah Dajjal yang dilaknat...

Rabu, Februari 17, 2010

..:: Perjalanan ::..


Sesungguhnya hidup ini merupakan suatu pengembaraan yang kita sendiri tak pasti BILA berakhir. Akan tetapi kita pasti yang pengembaraan ini AKAN berakhir bila kita nafas terhenti untuk selamanya nanti. Ya, pengembaraan ini panjang penuh dengan liku-liku, cabaran serta bermacam bentuk pilihan terhidang di hadapan kita. Tapi... kita buat keputusan yang betul ke setiap kali terpaksa membuat pilihan tersebut... Acap kali kita terdengar bait-bait lagu "mengapa sering terjadi pilihan tak menepati". Andai kita tahu pilihan terbaik yang perlu dibuat setiap kali membuat keputusan pastinya tidak akan ada kesilapan yang kita buat dalam hidup ini. Itulah perlunya akal yang diberi Allah untuk kita, suapay kita berfikir dan menimbang akan bentuk keputusan yang dibuat berasaskan keimanan kepada-NYA. Ya, sering kali kita terlupa, alpa dalam bentuk tindakan kita dalam mencari keredhaan Illahi.

Lazimnya kita akan lama terpempan dihadapan pintu yang sudah tertutup. Tercari-cari, teraba-raba mencari dimanakah kunci untuk membuka pintu tersebut. ya, dahulunya memang pintu tersebut terbuka untuk kita, dimana dengan mudahnya kita membuka kunci tersebut dengan kunci ditangan. Akan tetapi, akan datang suatu masa dimana kita tidak lagi mampu membuka pintu tersebut seperti biasa. Mungkin kuncinya sudah berkarat, patah, atau mungkin sudah dihalau oleh empunya pintu. Mungkin sebab kita tak bayar sewa... haha. Kadangkala, mungkin empunya pintu tak lagi mengharapkan kita untuk membuka pintu itu lagi....maka dengan seberapa cara beliau akan menyusahkan kita untuk membuka pintu tersebut. Hmmm...siapa yang tahu kan?

Dalam hidup ini kita sentiasa ada pilihan. Cuma, pilihan tersebut dan apa kan jadi pada kita, bergantung pada pilihan yang kita buat pada hari ini. Seandainya hari ini kita membuat pilihan terbaik dan berjaya membuka pintu pilihan itu, maka lazimnya kita akan punyai pilihan yang lebih baik di masa mendatang. Mungkin bukan hanya untuk kita, tetapi keluarga kita serta keturunan kita di masa mendatang. Maka dengan itu, janganlah kita termanggu memikirkan pintu lama yang seakan tidak akan terbuka lagi untuk kita. Munigin....orang luar boleh berkata itu dan ini, bait-bait ayat yang kana mempengaruhi keputusan kita pada hari ni. Tetapi ingatlah bahawa kita yang akan mengubah diri kita dan tidak salah jika kita menimbang apa yang diperkatakan mereka ketika membuat keputusan. Akan tetapi, jangan sesekali mengharapkan jaminan orang lain untuk masa depan kita.

Seandainya kita tahu yang kita perlu berubah, ada ilmu, ada kemahiran, namun kita tak juga bertindak, maka kita mungkin tergolong dikalangan mereka-mereka yang rugi kerana tidak mengambil sedikit risiko sebaliknya membiarkan nasib diri dan menyerahkan segalanya pada takdir. Bangun!! Bangun!! Bangunlah!! kerana tak akan ada orang lain yang akan mengubah kita melainkan diri kita sendiri rakan-rakan.... Seandainya kita tak memikirkan pilihan untuk kita, paling tidak pun..kita buat untuk yang TERSAYANG....

Semoga kita terus dilindungi Allah dan mendapat keredhaan serta rahmat Allah sepanjang hidup kita dan dihindarkan dari fitnah Dajjal yang dilaknat...

ESPNsoccernet

"CeRpen SiTe"